Thursday, 2 June 2016

Refleksi Minggu ke 9 (14 Mei 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Refleksi bagi minggu ni adalah tentang Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Berdasarkan kamus, politik itu sendiri bermaksud ilmu pengetahuan terhadap pemerintahan. Dalam politik di Malaysia, dua matlamat utama yang ingin dicapai adalah ke arah pembinaan negara bangsa dan juga perubahan struktur dan budaya. Melalui pendekatan Islam dalam pembangunan politik adalah sistem politik Islam merupakan kesinambungan dari tugas Rasulullah yang kedua iaitu ketua negara Islam. Asas politik Islam terbahagi kepada tiga iaitu akidah, syariah dan akhlak. Menurut teori ekonomi barat, konsep pembangunan ekonomi hanya dilihat sebagai sebahagian daripada konsep kebendaan. Apa-apa perancangan ekonomi oleh negara yang lari daripada fahaman di atas dianggap menyimpang daripada fahaman barat. Sementara dalam sistem ekonomi kapitalis, pembangunan ekonomi hanya melihat dari aspek pembangunan kebendaan dan fizikal


Setiap pemimpin perlulah mempunyai akidah yang kuat dan akhlak yang baik untuk mentadbir negara. Segala perkara yang ingin dilaksanakan haruslah berlandaskan syariah Islam agar mendapat keberkatan dan keredhaaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya, sesebuah negara itu menjadi maju dan berkembang dek kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran pemimpin yang mencorak politik yang baik dan bersih.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda;

آفَةُ الدِّينِ ثَلاثَةٌ؛ فَقِيهٌ فَاجِرٌ، وَإِمَامٌ جَائِرٌ، وَمُجْتَهِدٌ جَاهِلٌ
“Keburukan yang berlaku pada agama itu ada 3 perkara; Orang alim yang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang jahil. (riwayat Abi Nuaim)

Ilmu menjadi ciri kepimpinan yang penting, kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi makrifatullah dan segala tuntutannya, serta melaksanakan tugas dengan betul bagi mengendali segala urusan bukan sahaja dengan khalik tetapi juga dengan makhluk yang ada hubungan dengan tugas-tugas khilafah yang diamanahkan kepada manusia, iaitulah ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang berdasarkan dinullah bagi membentuk peribadi pemimpin ummah dan membina negara, ilmu yang kerapkali disebut di dalam al-Quran.

No comments:

Post a Comment