Assalamualaikum, Untuk kali ni kami akan menjawab soalan yang telah diberi iaitu..
'Mengapa timbul prejudis?'
Sikap prejudis itu timbul dari
kecenderungan melabelkan kita vs mereka prejudis emosi. Sebagai contoh, perasaan marah, takut, rasa bersalah dan benci dari individu itu sendiri. Didikan dan persekitaran juga merupakan faktor timbulnya sikap prejudis. Sesuatu didikan itu kebiasaannya bermula dari rumah. Ibu bapa yang bersikap prejudis tanpa sedar menularkan sikap itu kepada anak-anak mereka. Ini dilakukan dalam kehidupan seharian dan lama-kelamaan anak juga sudah terbiasa berburuk sangka. Melainkan kalau anak itu mendapat kesedaran sendiri untuk berubah. Jika tiada inisiatif untuk berubah, maka sikap itu akan menular ke generasi yang seterusnya.
Selain itu sikap prejudis mungkin juga timbul
apabila Islam tidak diambil secara menyeluruh. Apa yang diambil cumalah
ritualnya saja seperti solat, zikir, puasa dan sebagainya, akan tetapi akhlak
dilupakan. Jadi, cara yang terbaik untuk mengatasi masalah di atas adalah dengan sentiasa muhasabah diri dan cuba untuk fikir positif dan bersangka baik terhadap orang lain. Sekiranya terdetik perasaan sebegitu, kita perlu beristigfhar dan ingat pada Allah SWT.
