Monday, 13 June 2016

REPORT PROJEK CTU 2016- (KUMPULAN)



UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PUNCAK ALAM


FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

MALAYSIAN HISTORY 
(CTU555)

KAEDAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR



NUR FARAH HANI BINTI MOHD BAHARIN                     2014546841
NUR FARAH HUSNA BINTI BAZLAN                               2014903907
NOOR ADIBAH BINTI MD ISA                                          2014981431
NATASHA BINTI MOHD NAJIB                                         2014315229


KELAS: HM240 5C


DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZAH MAHFUZAH BINTI MOHAMMED ZABIDI


SEMESTER:

MARCH 2016 – JULY 2016





PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

       Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Ustazah Mahfuzah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi  pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami telah uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan projek ini.Terima kasih.
PENGENALAN

Kaedah pembelajaran di kalangan pelajar merupakan aspek penting bagi membentuk sikap tanggungjawab pelajar dalam mencari ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih teratur dan berkesan.   Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran yang kita ceburi. Selain daripada itu juga, pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, Hal ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar di peringkat university malahan di peringkat sekolah rendah juga. Oleh kerana hal ini telah berleluasa, maka masalah ini perlu di ketengahkan bagi mencari  punca dan cara ataupun teknik yang berkesan dalam kaedah pembelajaran. Tambahan lagi, tujuan dan niat seseorang individu juga perlulah dipupuk bagi membentuk hala tuju individu tersebut. Contohnya, kenapa timbulnya masalah itu dan bagaimanakah cara penyelesaiannya bagi melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dalam mengatur langkah pembelajaran yang sebenar.


Di samping itu juga, faktor-faktor dorongan dalam pembelajaran adalah bagi mengenal pasti wujudnya “motivasi dalaman” atau faktor-faktor pendorong di dalam diri masing-masing, misalnya kemiskinan. Selain itu, menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu. Dorongan dari rasa tanggungjawab juga akan membuatkan pelajar itu lebih motivasi terhadap diri sendiri dan seterusnya mewujudkan sikap serta nilai-nilai murni dalam mewujudkan suasana belajar yang lebih berkesan. Dalam masa yang sama juga, para pelajar akan menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa akan datang. Ini kerana kematangan pemikiran seseorang dapat mengenalpasti dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada kehidupan masa akan datang. 
ISI KANDUNGAN



BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGATASI MASALAH-MASALAH TERSEBUT???

1.   Pelajar harus sentiasa peka ketika sesi pembelajaran berlangsung bagi mendapatkan maklumat yang penting sebagai rujukan
2.        Sebelum memulakan pembelajaran, pelajar harus mengulangkaji topik yang telah dipelajari dan juga topik yang akan dibincangkan di dalam  kelas terlebih dahulu.
3.    Pelajar seharusnya memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan disamping menyediakan bahan bacaan yang mudah dan senang untuk difahami.
4.       Pelajar harus bersedia dan membuat persiapan untuk menduduki ujian, kuiz dan peperiksaan akhir dengan lebih awal.
5.       Pelajar wajar mengamalkan sikap berdisiplin, menepati masa dan berfikiran positif terhadap sesuatu situasi atau perkara terutama perihal pelajaran.


Sehubungan itu, kami telah menjalankan kajian bagi menguji tahap keberkesanan kaedah
pembelajaran di kalangan pelajar HM240 5C.

Cara pelaksanaan:

1. Memilih 10 orang pelajar di kalangan Fakulti Pengurusan Hotel, Semester 5, HM240 5C.

2. Mengenal pasti strategi-strategi yang wajar digunakan oleh pelajar dalam kaedah pembelajaran yang berkesan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. 



Antara strategi-strategi yang berkesan:

1. Belajar dalam kumpulan.
2. Membuat nota ringkas menggunakan peta minda dan kata kunci.
3. Belajar lebih awal sebelum ujian berlangsung  di dalam kelas.
4. Sentiasa membuat ulangkaji sebelum dan selepas pembelajaran.
5. Tidak malu bertanya kepada pensyarah jika berlaku ketidakpastian.
6. Mengimbangi waktu belajar dan waktu beribadah.


Kami telah menjalankan temuramah dengan beberapa orang pelajar mengenai strategi yang mereka gunakan sepanjang pembelajaran pada semester ini dan juga melihat bagaimana
keberkesanan kaedah ini sebelum dan selepas mengamalkannya. Selain menemu ramah,
kami juga telah meninjau pelajar ketika mereka sedang mengulang kaji pelajaran dalam
kumpulan.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu kita perlu mengaturnya dengan baik. kita perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan kita untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan kita keputusan yang lebih dalam peperiksaan. Tambahan pula, jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Kita perlulah mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar kita boleh mengikut perancangan dengan baik. Mengimbangi waktu sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kita perlu pandai memilih tempat belajar yang sesuai dengan kehendak kita dan seharusnya selesa semasa belajar, itu sangat penting untuk mengelakkan daripada merasakan belajar itu membebankan. Paling utama adalah mengamalkan sikap berdisiplin, berfikiran positif dan menepati masa dalam setiap perihal pembelajaran.

Justeru, bagi mendapatkan hasil yang positif, kelangsungan kaedah pembelajaran yang berkesan haruslah diteruskan bagi memastikan tahap pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama dapat memotivasikan diri mereka agar lebih baik.





Refleksi Minggu ke 13 (8 Jun 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,


Bagi refleksi untuk minggu ke-13 ini, pada kelas minggu tersebut ustazah ada berkongsi sedikit tentang bulan mulia bulan Ramadhan yang penuh berkat. Karim yang bererti mulia adalah ketika malaikat menyampaikan doa-doa yang disebut oleh kita kepada Allah SWT. Di samping itu, ustazah juga menekankan bahawa Ramadhan setiap tahun perlulah dicapai dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana bulan ini adalah bulan yang indah dan penuh kemanisan yang membawa manfaat serta berkat daripada-Nya. Pada bulan Ramadhan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan yang mendapat keredhaan-Nya. Iaitu dengan:
  • Istighfar
  • Cuba bersedekah walaupun sedikit
  • Solat di awal waktu
  • Merancang untuk zikir sendiri

Homework (individu) – Kisah seorang pemuda Abu Dhar – Noor Adibah

Assalamualaikum,

            Daripada kisah ini yang dapat saya simpulkan adalah yang pertama seorang lelaki tua yang berani untuk mengakui kesalahannya sehingga menemui kematian. Sikap sepertinya tidak semua insan memilikinya. Walaupun lelaki tua ini mempunyai seribu satu ruang untuk menutupi kesalahannya, tetapi beliau berani sehinggakan nyawanya terkorban.

            Keduanya ialah berkenaan seorang pemuda yang bernama Hassan yang berani untuk mengakui kesalahan dan sanggup menyerah diri untuk dibunuh. Keberaniaannya adalah sama seperti lelaki tua itu. Pemuda ini seorang yang jujur dan sanggup memikul kesalahannya walhal pemuda ini tahu hukuman yang bakal dilaluinya.

            Ketiga adalah Abu Zar yang berjiwa besar dan sanggup untuk menjadi penjamin kepada seorang pemuda yang tidak dia kenal asal usulnya. Beliau hanya berpegang pada prinsip, dia akan menolong sesiapa sahaja yang meminta tolong disebakan berasa malu kepada Rasulullah SAW jika mengetahui tiada siapa pun yang menulurkan bantuan.

            Keempat adalah kepimpinan Umar bin Khatab yang adil dan saksama semasa mengadili situasi ini. Walaupun beliau berasa berat hati untuk menjatuhkan hukuman terhadap sahabatnya yang saleh iaitu Abu Zar, tetapi tanggungjawab yang dipikulnya tetap membuatkan beliau meneruskan pengadilan itu.


            Kesimpulannya, keempat-empat lelaki ini mempunyai keperibadian yang terpuji sehinggakan membuka mata ramai orang dan menempa satu sejarah yang agung. Setiap perlakuan mereka mempamerkan sifat mereka menampakkan Allah SWT didalam perbuatan mereka. 

Refleksi minggu ke 11 (25 mei 2016) – Noor adibah

Assalamualaikum,

Pada minggu ini apa yang dapat saya gubalkan adalah berkenaan strategi survival melayu dan bumiputera. Survival itu sendiri adalah perkataan inggeris iaitu the state of continuing to live or exist yang membawa maksud mengekalkan kesinambungan untuk hidup atau wujud.

Konsep survival itu sendiri ada berkenaan usaha yang dilakukkan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang Melayu dan Bumiputera terus terjamin mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

Saya sendiri tertarik dengan ayat didalam al-Quran yang menyebut perihal usaha. “sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Daripada ayat Al-Quran telah menyebut kita hendaklah berusaha untuk berubah dan memajukan diri sendiri.

Pelbagai peranan kerajaan untuk memastikan survival Melayu dan Bumiputera ini terus maju ke hadapan. Kerajaan Malaysia ditunjangi oleh UMNO telah menbentuk Parti Perikatan dan setrusnya Barisan Nasional. Bagi memperkasakan dan memajukan Negara, Kerajaan telah mewujudkan beberapa dasar diantaranya adalah politik, ekonomi, social, pendidikan dan budaya.

Selain daripada itu, saya juga terkesan dengan beberapa topic yang ustazah telah kongsikan iaitu berkenaan ilmu. Apabila kita hendak menuntut ilmu, kita juga harus mengetahui “ilmu tentang ilmu” iaitu:
(a)    Sifat ilmu
(b)   Sumber ilmu (Allah, Kitab, Akal dan Pengalaman)
(c)    Tujuan untuk menuntut ilmu (melunaskan tujuan diciptakan)
(d)   Pembahagian ilmu

Selain itu, kita juga perlu menitik beratkan tentang perihal “perbincangan” didalam kumpulan. Ini kerana kita tidak mahu perbincangan kita terjerumus kepada benda-benda yang sia-sia. Sebelum perbincangan bermua hendaklah kita membaca al-fatihah dan kalau kita terlupa bacalah doa tutup majlis.


Untuk refleksi saya yang kedua adalah berkenaan islam dan hubungan etnik. Apa yang dapat saya simpulakn didalam topic ini adalah hubungan diantara orang islam dan orang bukan islam. Islam itu sendiri tidak menghalang untuk orang islam berbaik-baik, berkerjasama dan saling membantu diantara penganut agama lain.

Islam telah menerapkan nilai-nilai yang positif untuk kita amalkan didalam kehidupan seharian kita iaitu:
(a)    Al-‘IImu
Ilmu mengangkat tinggi martabat orang-orang yang berilmu dan beramal dengannya disisi Allah dan masyarkat.
(b)   Al-Syura
Syura adalah tentang perbincangan yang mampu menyelesaikan banyak perkara.
(c)    Al-‘Adalah
Al-‘Adalah adalah tentang keadilan, dan keadilan adalah perkara terpenting didalam islam.
(d)   Al-Hurriyyah
Al-Hurriyyah adalah kebebasan. Kebebasan disini adalah bermaksud rakyat bebas memilih untuk menyokong dan membuat keputusan yang terbaik.
(e)    Al-Musawah
Al-Musawah adalah samarata. Samarata disini adalah berkenaan islam tidak membanding-bandingkan sesama manusia berdasarkan keturunan, kaum, warna kulit, dan keadaan fizikal.
(f)    Al-Mas’uliyyah
Al-Mas’uliyyah adalah tanggungjawab. Manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing dan Allah SWT menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan imu untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik.


Kesimpulannya, nilai-nilai ini perlu diterapkan supaya kehidupan sejagat dapat dijalankan dengan baik. 

Refleksi Minggu ke 10 (18 Mei 2016) – Noor Adibah

Assalamualaikum,
            Pada minggu ini apa yang dapat saya simpulkan adalah berkenaan dari segregasi ke integrasi. Segregasi adalah pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain. Integrasi bermaksud satu process penyatuan atau penyesuaia pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Didalam tajuk ni saya telah memperlajari satu term yang baharu iaitu etnosentrisme yang bermaksud semangat etnik memandang buruk etnik yang lain.
            Pada pandangan saya, untuk memwujudkan situasi integrasi adalah susah kerana masyarakat itu sendiri mempunyai sikap prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme, dan etnosentrisme. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memupuk sikap integrasi didalam diri masyarakat. Antara usaha kerajaan dalam memupuk integrasi ialah mengubah dan menambahbaikan dasar pendidikan kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan, dasar pembangunan nasional, rukun Negara, wawasan 2020, konsep 1 Malaysia dan jabatan perpaduan Negara

            Kesimpulannya, bukan sahaja Kerajaan yang perlu memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi tetapi masyarakat itu sendiri perlu mengambil langkah yang positif. Tanpa sokongan dan dorongan daripada masyarakat, segala usaha Kerajaan akan sia-sia kerana tiadanya hubungan dua hala. 

Refleksi Minggu Ke 9 (13 Mei 2013) – Noor Adibah

Assalamualaikum,

Pada minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah berkaitan pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang berbeza yang merangkumi pelbagai kaun, agama, perkerjaan dan lain-lain. Dengan penubuhan Persekutuan di dalam kerajaan, perbezaan dari segi etnik dapat disatukan.

Refleksi Minggu Ke 8 (4 Mei 2016) – Noor Adibah

Assalamualaikum,
Pada minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah tentang piagam madinah. Yang membuatkan saya ertarik dengan piagam madinah ialah piagam madinah meletakkan al-Quran sebagai sumber tertinggi Negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Piagam Madinah atau Sahifah madinah mengandungi prinsip asas berikut:
(a)    Allah dan Rasulullah SAW sebagai sumber rujukan utama
(b)   Kesatuan ummah menjadi tonggak kesejahteraan Negara Madinah
(c)    Hak-hak untuk umat islam (23 fasal/perkara)
(d)   Hak-hak untuk bukan islam (24 fasal/perkara)
(e)    Tanggung jawab rakyat Madinah untuk menjaga keamanan Madinah
Piagam madinah telah digubal oleh Rasulullah SAW dengan panduan Wahyu Allah SWT. Untuk menyatukan orang islam dan orang bukan islam rasulullah telah memperkenalkan konsep hubungan perpaduan melalui piagam madinah. Dasar atau peraturan mengenai hubungan antara orang islam dan orang bukan islam yang disusun oleh Rasulullah SAW ialah:
 (a)        Orang bukan islam bersama dengan orang islam mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
(b)   Keselamatan mereka dijamin dan diberi hak warganegara jika orang bukan islam di Madinah memutuskan hubungan dengan orang kafir Quraisy.
(c)    Setiap penduduk tanpa mengira bangsa atau agama diberi hak yang sama, tidak dizalimi dan tidak diserang.
(d)   Setiap pemduduk Madinah yang bukan islam bebas dan berpegang kepada agama masing-masing. Orang islam dilarag murtad dan dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat dan kembali semula kepada islam.
(e)    Setiap penduduk tidak boleh dihalang daripada menuntut haknya apabila dicerobohhi.

Kesimpulannya, Piagam madinah dapat menyatukan pelbagai kaum kerana ia berlandaskan al-Quran, wahyu daripada Allah SWT, dan digubal oleh Rasulullah SAW. Orang bukan islam dan orang islam dapat bersatu kerana mereka berasa Piagam Madinah adalah satu rangka yang dapat menyatukan semua pihak dan ia bersifat adil. 

Refleksi Minggu Ke 7 (27april 2016) – Noor Adibah

Assalamualaikum,
            Pada minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah berkenaan kepentingan perlembagaan persekutuan dan fungsi-fungsi perlembagaan. Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti dengan rakyat awam.

            Namun semenjak kedatangan barat, undang-undang Tanah Malayu telah digantikan dengan Common Law British. Manakala undang-undang islam hanya diguna pakai didalam hukum nikah kahwin dan undang undang keluarga diuruskan kepada Raja-Raja Melayu atau sultan. Undang-undang jenayah islam di Malaysia sebenarnya menggunapakai undang-undnag Inggeris (undang-undang penjajah) yang berkaitan hal-ehwal islam.

            Secara kesimpulannya, undang-undang barat telah membuatkan undang-undang islam dan kuasa Raja-Raja menjadi tidak penting. Kuasa Raja-Raja dan undang undang islam hanya digunapakai pada perkara yang tertentu sahaja.