Thursday, 2 June 2016

Refleksi Minggu ke 11 (25 Mei 2016) - Nur Farah Husna


Berdasarkan tajuk ini, apa yang saya perolehi ialah memahami maksud dan konsep survival  melayu & bumiputera iaitu mengekalkan kesinambungan  orang melayu dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud . Ia perlu terus terjamin mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia dan ianya tidak boleh di pertikaikan oleh orang - orang bukan melayu. Mengetahui hak – hak istimewa orang melayu meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa, kuota pendidikan,lesen perniagaan,30% ekonomi melayu & bumiputera, kemudahan khas dan juga tanah rezab untuk melayu dan bumiputera.

Seterusnya memahami antara peranan yang dimainkan oleh kerajaan ialah meliputi konsep ekonomi, politik, perlembagan, pendidikan dan sosial. Melalui sudut Politik, melayu mula berpolitik apabila Inggeris mula memperkenalkan Malayan Union 1 April 1946. Pelbagai persatuan ditubuhkan sebelum ini, dan mereka telah bergabung membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Akhirnya, apabila melayu bersatu, maka Malayan Union dibubarkan pada Februari 1948. Hak orang melayu dikembalikan semula dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala dari sudut Perlembagaan, telah berlaku beberapa rundingan antara pemimpin UMNO dan pihak Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. Akhirnya dipersetujui  untuk diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Para memimpin telah memasukkan hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan .Antara perkara berkaitan survival melayu dan bumiputera ialah agama islam, hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera seterusnya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga bebas digunakan dan dipertuturkan dalam semua aspek kehidupan.

Dalam pada itu, dari sudut Pendidikan. Tertubuhnya RIDA( Rural Industrial Development Authority),terdapat 2 pusat latihan utama yang ditubuhkan iaitu Dewan Latihan RIDA dan Taman Asuhan RIDA. Selain itu, Maktab MARA Dan Institut Teknologi Mara. Pengetua Maktab MARA adalah Tan Sri Arshad Ayob dilantik pada 1 Disember 1965.Kemudian dinaik taraf kepada Institut Teknologi Mara (ITM)  dan selepas itu, dinaikan lagi Kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 ogos 1999. Lantaran itu, membolehkan UiTM menawarkan pelbagai kursus dan program seperti Ijazah Sarjana Muda, Master dan doktor falsafah kepada orang melayu dalam masa yang sama mengekalkan kursus peringkat asasi dan diploma.Dari sudut Ekonomi pula adalah, mengeluarkan orang melayu dari kelompok kemiskinan kepada kehidupan yang lebih baik. Tiga asas kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan iaitu berteraskan kebudayaan rakyat asal  rantau ini, adalah dengan menggunakan unsur yang boleh diterima dan  islam seharusnya menjadi panduan penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.



Refleksi Minggu ke 10 (18 Mei 2016) – Nur Farah Husna


Refleksi pada minggu ini adalah berlandaskan segrasi antara etnik. Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.

Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. Integrasi diertikan sebagai satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik.  Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula keadaan seperti sedia kala. Kekuatan-kekuatan dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik boleh menjadi faktor penentu kepada pembentukan segregasi etnik moden.Kertas kerja ini memfokuskan tentang perubahan yang berlaku dari segrasi ke integrasi dalam kalangan etnik Malaysia.


Keutuhan sesebuah negara terletak kepada perpaduan rakyatnya. Apabila rakyatnya saling memahami mahupun saling menghormati satu sama lain, nescaya negara akan sentiasa stabil dan kemajuan dapat dinikmati. Kehidupan masyarakat yang bersegregasi sememangnya menyebabkan perpaduan sangat sukar untuk dikecapi. Ini kerana, apabila persefahaman antara kaum yang kurang, yang sentiasa hidup di kelompok sendiri, masyarakat tidak akan mengambil berat akan satu sama lain. Persefahaman yang kurang boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk yang boleh mengancam keselamatan dalam negara, ketidakstabilan ekonomi, dan mungkin juga boleh mencetus perang saudara. Sentimen perkauman juga haruslah dielakkan.  

Homework (Individu) - (18 Mei 2016) – Nur Farah Husna

Soalan 1 :  10 ciri-ciri Negara maju.

Negara Maju merupakan istilah yang menerangkan sesebuah negara yang telah mencapai kestabilan ekonomi, dan mendahulukan unsur-unsur Industri sebagai tiang perekonomian mereka.  

Ciri -ciri negara maju adalah :

1.       Pendapatan perkapita tinggi
2.       Angka pengangguran rendah
3.       Industri menjadi sektor ekonomi utama
4.       Sistem pendidikan bertaraf internasional
5.       Tidak bergantung kepada alam semata-mata
6.       Pengurangan kadar gejala sosial di kalangan masyarakat
7.       Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi semakin cepat dan pesat
8.       Bertanggungjawab serta profesional dalam melakukan sesuatu perkara
9.       Pertanian Pertanian termasuk peternakan dan perikanan untuk industrialisasi, dijual dan dieksport.
10.   Kos sara hidup yang lebih rendah dan bersesuaian dengan pendapatan bagi semua peringkat masyarakat

Soalan 2: Jenis pembangunan seperti manakah yang dinilai terhadap ekonomi samada dari segi sudut pandangan islam atau barat?


Pada pandangan saya, pembangunan ekonomi seharusnya perlu berlandaskan ajaran dan pandangan islam. Setiap usaha untuk menghasilkan sesuatu, yang seterusnya akan memberikan hasil kepada kita, seharusnya mendapat keredhaan Allah SWT. Jadi, dalam usaha untuk mencapai Negara yang maju, besama taraf ekonomi yang stabil dan semakin meningkat pada masa hadapan, seharusnya kita mengamalkan setiap ajaran dan pandangan islam dalam setiap bidang yang kita ceburi.  Malah, sekiranya menurut ajaran barat, yang hanya mementing kan materialistik, wang dan untung, ia akan mudah membawa kita kearah riak, lupa diri dan bersifat tidak bersyukur. Sebaiknya, dengan berlandaskana jaran islam, kita akan sentiasa menggunakan jalan yang betul untuk mendapatkan ekonomi yang stabil, diredhai dan seterusnya akan berterusan untuk masa akan datang.











Refleksi Minggu ke 9 (13 Mei 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum,

               
Refleksi yang dapat saya simpulkan pada minggu ini adalah berkaitan dengan pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan- kepentingan lain.Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza.

Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah Negara. Interasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah Negara. Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka. Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing. Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA. Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama, Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO. – Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun 1951. – Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.

Salah satu usaha kerajaan adalah dengan mewujudkan Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menyatukan sistem pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan perpaduan kebangsaan. Menyatukan kanak-kanak sekolah dari pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang tidak membebankan kewangan Negara, memperkembang dan mengubahsuai rancangan- rancangan pelajaran dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi memenuhi

Kerajaan Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan politik dan menangani dengan baik masalah politik antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia. Parti Perikatan telah dapat mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan tiga buah parti politik terbesar di Malaysia. Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi pembangunan negara dan menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan di meja rundingan.Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan negara ini berhadapan dengan cabaran semasa.








Refleksi Minggu ke 9 (14 Mei 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Refleksi bagi minggu ni adalah tentang Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Berdasarkan kamus, politik itu sendiri bermaksud ilmu pengetahuan terhadap pemerintahan. Dalam politik di Malaysia, dua matlamat utama yang ingin dicapai adalah ke arah pembinaan negara bangsa dan juga perubahan struktur dan budaya. Melalui pendekatan Islam dalam pembangunan politik adalah sistem politik Islam merupakan kesinambungan dari tugas Rasulullah yang kedua iaitu ketua negara Islam. Asas politik Islam terbahagi kepada tiga iaitu akidah, syariah dan akhlak. Menurut teori ekonomi barat, konsep pembangunan ekonomi hanya dilihat sebagai sebahagian daripada konsep kebendaan. Apa-apa perancangan ekonomi oleh negara yang lari daripada fahaman di atas dianggap menyimpang daripada fahaman barat. Sementara dalam sistem ekonomi kapitalis, pembangunan ekonomi hanya melihat dari aspek pembangunan kebendaan dan fizikal


Setiap pemimpin perlulah mempunyai akidah yang kuat dan akhlak yang baik untuk mentadbir negara. Segala perkara yang ingin dilaksanakan haruslah berlandaskan syariah Islam agar mendapat keberkatan dan keredhaaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya, sesebuah negara itu menjadi maju dan berkembang dek kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran pemimpin yang mencorak politik yang baik dan bersih.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda;

آفَةُ الدِّينِ ثَلاثَةٌ؛ فَقِيهٌ فَاجِرٌ، وَإِمَامٌ جَائِرٌ، وَمُجْتَهِدٌ جَاهِلٌ
“Keburukan yang berlaku pada agama itu ada 3 perkara; Orang alim yang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang jahil. (riwayat Abi Nuaim)

Ilmu menjadi ciri kepimpinan yang penting, kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi makrifatullah dan segala tuntutannya, serta melaksanakan tugas dengan betul bagi mengendali segala urusan bukan sahaja dengan khalik tetapi juga dengan makhluk yang ada hubungan dengan tugas-tugas khilafah yang diamanahkan kepada manusia, iaitulah ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang berdasarkan dinullah bagi membentuk peribadi pemimpin ummah dan membina negara, ilmu yang kerapkali disebut di dalam al-Quran.