Tuesday, 31 May 2016

Refleksi Minggu ke 11 (25 Mei 2016) - Natasha

Assalamualaikum w.b.t...

Survival Melayu dan Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan kedudukan etnik Melayu yang terjamin di negara ini yang merupakan negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan dan sebagainya.

Jadi refleksi yang dapat saya buat pada topik minggu ini adalah kedudukan yang diberi oleh Perlembagaan telah membolehkan ajaran Islam diperkukuhkan di Negara ini dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, pembangunan dan lain-lain. Islam telah menjadi asas kepada penyatuan Melayu, mendidik mereka menjadi bangsa yang tinggi semangat toleransi dan berbudi bahasa, menjadi tenaga yang dinamis mengerakkan kemajuan Negara dan menjadi bangsa berfahaman sederhana atau wasathiyyah. Tanpa Islam, Malaysia tidak akan mencapai ke tahap sekarang dan survival Melayu akan menghadapi masalah. Peranan yang dimainkan oleh Islam menyebabkan banyak percubaan telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memisahkan Melayu daripada Islam dan mencabar kedudukan Islam yang telah diberikan oleh Perlembagaan. Sehingga kini percubaan tersebut berjaya ditangkis walaupun ia datang bertali arus dalam berbagai bentuk dan versi.

No comments:

Post a Comment