Assalamualaikum,
Pada minggu keempat adalah tentang Sejarah Pluraliti Masyarakat Di Alam Melayu. Tajuk ini telah dibentang oleh saya dan ahli kumpulan saya. Secara konklusinya, apa yang saya telah pelajari adalah mengenai pluraliti zaman kerajaan Melayu Melaka, pluralistik ketika zaman penjajahan oleh pihak British dan juga masyarakat pluralistik sebelum dan selepas kemerdekaan. Untuk diceritakan, Melaka dikatakan kemuncak berlakunya pluraliti masyarakat di alam Melayu. Hal ini disebabkan oleh kewujudan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas iaitu pelabuhan, pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan agama Islam. Ketika zaman penjajahan pula, penjajah telah melalui fahaman yang memisahkan antara agama dan negara ekoran daripada sejarah pertentangan antara golongan agamawan dengan golongan intelek. Selain itu, terdapat banyak lagi unsur-unsur dan faktor-faktor yang telah diketahui bagi mengembangkan agama Islam ketika zaman kerajaan Melaka. Antaranya adalah sultan dan sistem perundangan yang hebat dan cekap.

