Assalamualaikum,
Refleksi bagi minggu ni adalah tentang
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Berdasarkan
kamus, politik itu sendiri bermaksud ilmu pengetahuan terhadap pemerintahan.
Dalam politik di Malaysia, dua matlamat utama yang ingin dicapai adalah ke arah
pembinaan negara bangsa dan juga perubahan struktur dan budaya. Melalui
pendekatan Islam dalam pembangunan politik adalah sistem politik Islam
merupakan kesinambungan dari tugas Rasulullah yang kedua iaitu ketua negara
Islam. Asas politik Islam terbahagi kepada tiga iaitu akidah, syariah dan
akhlak. Menurut teori ekonomi barat, konsep
pembangunan ekonomi hanya dilihat sebagai sebahagian daripada konsep kebendaan.
Apa-apa perancangan ekonomi oleh negara yang lari daripada fahaman di atas
dianggap menyimpang daripada fahaman barat. Sementara dalam sistem ekonomi
kapitalis, pembangunan ekonomi hanya melihat dari aspek pembangunan kebendaan
dan fizikal
Setiap pemimpin perlulah mempunyai
akidah yang kuat dan akhlak yang baik untuk mentadbir negara. Segala perkara
yang ingin dilaksanakan haruslah berlandaskan syariah Islam agar mendapat
keberkatan dan keredhaaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya, sesebuah negara itu
menjadi maju dan berkembang dek kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran pemimpin
yang mencorak politik yang baik dan bersih.
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda;
آفَةُ الدِّينِ ثَلاثَةٌ؛ فَقِيهٌ
فَاجِرٌ، وَإِمَامٌ جَائِرٌ، وَمُجْتَهِدٌ جَاهِلٌ
“Keburukan yang berlaku pada agama itu
ada 3 perkara; Orang alim yang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang
jahil.” (riwayat
Abi Nuaim)
Ilmu menjadi ciri kepimpinan yang
penting, kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi
makrifatullah dan segala tuntutannya, serta melaksanakan tugas dengan betul
bagi mengendali segala urusan bukan sahaja dengan khalik tetapi juga dengan
makhluk yang ada hubungan dengan tugas-tugas khilafah yang diamanahkan kepada
manusia, iaitulah ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang berdasarkan dinullah
bagi membentuk peribadi pemimpin ummah dan membina negara, ilmu yang kerapkali
disebut di dalam al-Quran.
No comments:
Post a Comment