Wednesday, 13 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (6 April 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Untuk refleksi minggu lepas, saya telah pelajari sedikit tentang pengenalan untuk Bab 3 iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik. Ilmu yang telah saya perolehi adalah tentang perbezaan di antara perlembagaan dan undang-undang. Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-undang yang tertinggi di sesebuah negara dan kerana itu ianya berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Selain itu, di sini saya dapat tahu bahawasanya terdapat banyak jenis hak dan kuasa yang terdapat di dalam negara kita. Contohnya seperti hak rakyat, hak untuk mengundi, hak untuk bersuara. Sebenarnya hak-hak ini wajar kita ketahui kerana ia dapat mempertahankan diri kita dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga hak-hak apa yang sepatutnya kita dapat.

PERBEZAAN PLURALITI DAN PLURALISTIK (30 Mac 2016)


PLURALITI
PLURALISTIK

PENTADBIRAN
Wujud hubungan peradaban antara Alam Melayu dan China serta India.

Mencapai zaman kemuncaknya pada waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem pentadbiran yang memisahkan di antara negara dan agama.

Pentadbiran negara oleh penjajah.

Hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah Sultan.

Ini berbeza dengan sistem di zaman sebelum Inggeris di mana tiada pengasingan kuasa berlaku kerana Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak.

PEMERINTAHAN
Perlembagaan Melaka dilaksana berdasarkan Islam (Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka)

Zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.

Pemerintahan diplomasi & terbuka.

Sultan/pembesar mempunyai misi & visi yang hebat.
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan serta Federalism.

Wujud system persekutuan berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia).

Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampuraduk.

SOSIAL
Berlaku hasil penghijrahan dari dalam wilayah (dalam kalangan etnik Melayu sendiri) dan juga dari luar yang melibatkan etnik lain spt Cina, Arab, India & berlaku asimilasi.

Menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara dan berpindah-randah dari satu pulau kepulau yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya.

Mewujudkan unsur akomodasi dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak ada sifat kemasyarakatan kerana setiap penduduk yang berlainan kaum mengekalkan agama, budaya, dan cara hidup mereka sendiri.

EKONOMI
Perdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang sangat cekap.

Kepulauan Melayu terkenal dengan rempah ratus yang dianggap barang mewah

Berubah dari pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis).

Mengamalkan system ekonomi dualisme.

Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik.

Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.

Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik.


ILMU
Epistemologi ilmu pengetahuan Alam Melayu berasaskan metafizik (alam ghaib) dan animism.

Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)
Ilmu kolonial yang berasaskan sains moden yang bersifat rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia-statistik, peta, dll) telah mencorakkan dasar-dasar pentadbiran, ekonomi dan pendidikan penjajah.

Kerja Mingguan Bab 2 (Pluraliti) - 30 Mac 2016

Buku teks M/S 45

Soalan 1 (Esei)
c) Huraikan DUA (2) elemen utama yang membuktikan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam.
i) Elemen pertama yang membuktikan bahawa kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam adalah pemerintah yang beragama islam. Pemelukan Islam oleh Raja Melaka telah mempengaruhi rakyat dek sikat keterbukaan beliau. Selain itu, kecintaan Sultan Melaka terhadap ilmu pengetahuan memberikan impak yang positif dikalangan kerajaan Melayu Melaka. 
ii) Elemen kedua ialah penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab. Mereka telah datang untuk mengajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu tasawuf, fiqah, ibadah dan lain-lain. Selepas penyebaran Islam di Melaka, Islam telah disebar dan berkembang luas di negara-negara lain.