Thursday, 2 June 2016

Refleksi Minggu ke 11 (25 Mei 2016) - Nur Farah Husna


Berdasarkan tajuk ini, apa yang saya perolehi ialah memahami maksud dan konsep survival  melayu & bumiputera iaitu mengekalkan kesinambungan  orang melayu dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud . Ia perlu terus terjamin mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia dan ianya tidak boleh di pertikaikan oleh orang - orang bukan melayu. Mengetahui hak – hak istimewa orang melayu meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa, kuota pendidikan,lesen perniagaan,30% ekonomi melayu & bumiputera, kemudahan khas dan juga tanah rezab untuk melayu dan bumiputera.

Seterusnya memahami antara peranan yang dimainkan oleh kerajaan ialah meliputi konsep ekonomi, politik, perlembagan, pendidikan dan sosial. Melalui sudut Politik, melayu mula berpolitik apabila Inggeris mula memperkenalkan Malayan Union 1 April 1946. Pelbagai persatuan ditubuhkan sebelum ini, dan mereka telah bergabung membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Akhirnya, apabila melayu bersatu, maka Malayan Union dibubarkan pada Februari 1948. Hak orang melayu dikembalikan semula dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala dari sudut Perlembagaan, telah berlaku beberapa rundingan antara pemimpin UMNO dan pihak Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. Akhirnya dipersetujui  untuk diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Para memimpin telah memasukkan hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan .Antara perkara berkaitan survival melayu dan bumiputera ialah agama islam, hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera seterusnya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga bebas digunakan dan dipertuturkan dalam semua aspek kehidupan.

Dalam pada itu, dari sudut Pendidikan. Tertubuhnya RIDA( Rural Industrial Development Authority),terdapat 2 pusat latihan utama yang ditubuhkan iaitu Dewan Latihan RIDA dan Taman Asuhan RIDA. Selain itu, Maktab MARA Dan Institut Teknologi Mara. Pengetua Maktab MARA adalah Tan Sri Arshad Ayob dilantik pada 1 Disember 1965.Kemudian dinaik taraf kepada Institut Teknologi Mara (ITM)  dan selepas itu, dinaikan lagi Kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 ogos 1999. Lantaran itu, membolehkan UiTM menawarkan pelbagai kursus dan program seperti Ijazah Sarjana Muda, Master dan doktor falsafah kepada orang melayu dalam masa yang sama mengekalkan kursus peringkat asasi dan diploma.Dari sudut Ekonomi pula adalah, mengeluarkan orang melayu dari kelompok kemiskinan kepada kehidupan yang lebih baik. Tiga asas kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan iaitu berteraskan kebudayaan rakyat asal  rantau ini, adalah dengan menggunakan unsur yang boleh diterima dan  islam seharusnya menjadi panduan penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.



No comments:

Post a Comment