Tuesday, 31 May 2016

Refleksi Minggu ke 11 (25 Mei 2016) - Natasha

Assalamualaikum w.b.t...

Survival Melayu dan Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan kedudukan etnik Melayu yang terjamin di negara ini yang merupakan negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan dan sebagainya.

Jadi refleksi yang dapat saya buat pada topik minggu ini adalah kedudukan yang diberi oleh Perlembagaan telah membolehkan ajaran Islam diperkukuhkan di Negara ini dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, pembangunan dan lain-lain. Islam telah menjadi asas kepada penyatuan Melayu, mendidik mereka menjadi bangsa yang tinggi semangat toleransi dan berbudi bahasa, menjadi tenaga yang dinamis mengerakkan kemajuan Negara dan menjadi bangsa berfahaman sederhana atau wasathiyyah. Tanpa Islam, Malaysia tidak akan mencapai ke tahap sekarang dan survival Melayu akan menghadapi masalah. Peranan yang dimainkan oleh Islam menyebabkan banyak percubaan telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memisahkan Melayu daripada Islam dan mencabar kedudukan Islam yang telah diberikan oleh Perlembagaan. Sehingga kini percubaan tersebut berjaya ditangkis walaupun ia datang bertali arus dalam berbagai bentuk dan versi.

Homework (Kumpulan) - (18 Mei 2016)

Assalamuailaikum w.b.t.....

Soalan 1: Senarai nama NGO yang menyumbang kepada integrasi.


Pertubuhan bukan kerajaan non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme badan bukan kerajaan dapat dikenalpasti dalam kerangka masyarakat sivil . Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan badan bukan kerajaan sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Contoh NGO yang menyumbang kepada integrasi adalah Pembangunan Ekonomi dan Sosial, Hak Asasi Manusia, Agama dan Budaya, Belia dan lain-lain.


Soalan 2: Nyatakan 5 usaha yang boleh dilakukan di Malaysia sekarang.



SUMBANGAN RASULULLAH S.A.W

SUMBANGAN KEPIMPINAN MASA KINI

-Rasulullah s.a.w. berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif.

-Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai Bahasa utama.

-Rasulullah s.a.w telah memberi fungi kepada institusi masjid yang berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.


-Dasar kebudayaan kebangsaan dapat mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing.

-Setelah Piagam Madinah diasaskan dan janji dimeterai, Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan kedudukan politik umat Islam di Madinah.

-Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

-Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.

-Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara. Selain itu juga, dengan tujuan mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang.

-Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi

-Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik.


Soalan 3: Berikan penilaian anda terhadap penghayatan Rukun Negara.

Perpaduan merupakan asas kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi pengikat terpenting dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara kaum untuk membina sebuah negara yang aman dan maju. Selain itu, penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang mematuhi undang-undang. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan berasa selamat. Satu lagi manfaat yang tidak dapat dipertikaikan ialah semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dapat ditingkatkan.

Refleksi Minggu ke 10 (18 Mei 2016) - Natasha


Assalamualaikum w.b.t......

Refleksi pada minggu ini adalah berkaitan dengan konsep dari Segrasi ke Integrasi. Segrasi bermaksud pemisahan atau pengasingan antara satu etnik dengan kumpulan etnik yang lain manakala Integrasi pula bermaksud satu proses penyatuan atau penyesuaian pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. 

Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat.

Berdasarkan konsep perpaduan di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W, akhlak dan moral yang terpancar di kalangan orang islam pada ketika itu, sama ada dalam bentuk teori atau praktikal, di tambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan islam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk maka lahirlah sebuah negara yang kuat, aman dan damai serta bersatu padu. Jadi, hal ini haruslah diambil iktibar pada masyarakat masa kini tentang konsep dan ajaran yang di guna pakai oleh Nabi pada ketika itu bagi mewujudkan kembali sebuah perpaduan di antara satu sama lain.

Sejak merdeka lagi, kerajaan Malaysia telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh hal demikian segala perancangan yang telah ditetapkan haruslah dilaksanakan dengan baik.

Homework (Individu) - (18 Mei 2016) - Natasha


Soalan 1 : 10 ciri-ciri negara maju.

Negara Maju merupakan istilah khusus yang disematkan kepada negara yang menikmati standard hidup relatif tinggi di sektor teknologi beserta ekonomi yang meluas. Dari pernyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa negara maju adalah suatu negara yang rakyatnya mempunyai kualiti hidup bahkan kesejahteraan yang lebih tinggi.

Ciri -ciri negara maju adalah :

  1. Angka pengangguran rendah
  2. Sistem pendidikan bertaraf internasional
  3. Pengurangan kadar gejala sosial di kalangan masyarakat
  4. Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi semakin cepat dan pesat
  5. Industri menjadi sektor ekonomi utama
  6. Bertanggungjawab serta profesional dalam melakukan sesuatu perkara
  7. Pendapatan perkapita tinggi
  8. Pertanian Pertanian termasuk peternakan dan perikanan untuk industrialisasi, dijual dan dieksport.
  9. Tidak bergantung kepada alam semata-mata
  10. Kos sara hidup yang lebih rendah dan bersesuaian dengan pendapatan bagi semua peringkat masyarakat.
Soalan 2: Jenis pembangunan seperti manakah yang dinilai terhadap ekonomi samada dari segi sudut pandangan islam atau barat?


Pada pandangan kami, pembangunan ekonomi haruslah dinilai dari sudut perspektif islam terlebih dahulu kerana ia merupakan usaha membangunkan potensi yang ada pada diri manusia dan persekitarannya bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat berbanding perspektif barat yang hanya memandang material sahaja. Berdasarkan fenomena pembanguna pada masa kini, Ekonomi, sosial & politik dunia kini berhdpn dgn pelbagai masalah akibat kepincangan sistem dan Islam ternyata sedia mmiliki jalan keluar bagi setiap masalah yang timbul. Namun begitu, pandangan barat yang hanya menjurus kepada materialistik & menitikberatkan keuntungn semata telah meghancurkan nilai kemanusiaan & dalam masa yang sama memberi kesan negatif terhadap persekitaran yang akhirnya kembali mendatangkan masalah kepada manusia semula seperti bencana alam serta masalah sosial.

Monday, 30 May 2016

Refleksi Minggu ke 9 (13 Mei 2016) - Natasha

Assalamualikum w.b.t.....

Refleksi pada minggu ini adalah berkaitan dengan pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Seperti yang kita ketahui pembangunan politik di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu dari sudut Islam dan juga barat. Pembangunan ekonomi menurut islam adalah lebih kepada pembangunan materialyang digunakan untuk mendapatkan ganjaran pahala serta merupakan peranan Nabi Muhammad dalam membentuk akidah dan akhlak. Selain itu ia juga fokus kepada pembangunan insan. Jadi, manusia sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah memimpin dan membangunkan islam mengikut cara Allah S.W.T. Manakala dari sudut barat pula, ia lebih menekan kan ilmu pengetahuan dan juga modenisasi dalam aspek kehidupan masyarakat. Pada sudut lain pula, ia lebih fokus kepada material hingga menyebabkan sekularism iaitu memisahkan agama dari segalanya. Tambahan lagi, bagi mereka pula manusia sebagai pengaut keuntungan (capitalism).

Kesimpulan yang dapat saya buat adalah pentingnya nilai serta niat seseorang itu dalam membangunkan sesebuah negara yang lebih bertamadun. Setiap perkara yang dilakukan haruslah berlandaskan cara islam yang mana ia mestilah adil atau ihsan bagi mendapatkan keberkatan serta keredhaan daripada Allah S.W.T.



Friday, 6 May 2016

Refleksi Minggu ke 8 ( 4 Mei 2016 ) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum, pada minggu ke lapan ini adalah kesinambungan dari minggu ke enam dan juga minggu ketujuh iaitu mengenai Perlembagaan. Pada minggu ini, lebih menerangkan tentang Piagam Madinah.

Piagam Madinah ialah Perlembagaan Bertulis yang pertama yang digunakan oleh umat Islam Madinah dimasa pemerintahan Islam. Ia telah digubal oleh Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sebenarnya berada di dalam satu kawasan yang sama (kawasan masjid nabawi sekarang). Mereka sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan pengikutnya. Orang-orang Munafik pula menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah

Kandungan Piagam :
Piagam ini terdiri daripada 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian iaitu

23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Kepentingan Piagam Madinah adalah sebagai :
  • Contoh model kerajaan islam yang unggul. 
  • Panduan pemerintahan kerajaan Islam
  • Kepintaran Nabi menggubal peratuan yang lengkap
  • Membentuk masyarakat bersepadu
  • Menyemai semangat ukhwah (persaudaraan dalam islam)

Refleksi Minggu ke 8 (4 Mei 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Bagi minggu kelapan ini, ilmu yang telah saya pelajari adalah tentang Piagam Madinah. Piagam Madinah adalah perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan perlembagaan ini telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama HijrahKandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal iaitu:
  • 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
  • 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. 
Saya dapat tahu bahawa ketika zaman itu, tiada pemimpin yang satu yang mampu untuk dijadikan ketua dan tempat rujukan. Ketika itu, setiap puak mempunyai pemimpin sendiri dan wujudnya perlembagaan ini utk menyatukan kesemua puak dan masyarakat. Ianya telah membentuk persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin dan wujudnya perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Seperti yang Ustazah Mahfuzah sampaikan, Yahudi telah bersetuju untuk patuh pada Piagam Madinah ini adalah kerana terdapat banyak keuntungan seperti mendapak hak.
Perbezaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Persekutuan adalah Piagam Madinah diwujudkan dan dibuat berdasarkan wahyu manakan Perlembagaan Persekutuan dibentuk daripada Perjanjian Lord Reid dan diubahsuai oleh Common Law British. 

Refleksi Minggu Ke 8 (4 Mei 2016) - Natasha

Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Tujuan Piagam Madinah adalah sebagai panduan untuk membentuk sesebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentuk persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga memupuk perpaduan antara orang Islam dan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Piagam Madinah mempunyai 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian Pertama dan Bahagian ke Dua. Dalam Bahagian pertama, 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam seperti Muhajirin dan Ansar. Manakala bahagian ke dua membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.

Oleh hal demikian, berdasarkan pembelajaran pada minggu lepas, refleksi yang dapat dibuat ialah mengenai ketokohan Nabi Muhammad S.A.W dari aspek kepimpinannya sebagai Nabi dan Rasul dari pelbagai aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan bagi membentuk masyarakat Islam serta negara Islam dalam kehidupan yang lebih baik. Jadi, persoalan yang dipersoalkan oleh ustazah di akhir sesi pembelajaran ialah:


"ADAKAH PERLEMBAGAAN PIAGAM MADINAH DAPAT DITERAPKAN DALAM NEGARA ISLAM PADA MASA KINI??!"


Pada pandangan saya, ia boleh diterapkan kerana perlembagaan piagam madinah memberi impak yang lebih positif dalam menyatupadukan rakyat serta memberi pengadilan hak kepada setiap rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Pada masa yang sama, ia dapat dijadikan sebagai satu gerakan mengilmukan rakyat mengenai kelebihan dan keindahan agama islam kepada penganut agama lain di samping mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Monday, 2 May 2016

Refleksi Minggu ke 7 (27 April 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Untuk refleksi pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah kepentingan Perlembagaan Persekutuan dan fungsi-fungsi perlembagaan tersebut. Lebih terperinci yang telah saya dapati adalah mengapakah Malayan Union ditentang oleh orang Melayu. Rupanya dengan wujudnya Malayan Union, kuasa Raja-Raja Melayu akan dikurangkan dan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan. Ini telah membangkitkan kemarahan dan tidak puas hati kaum Melayu kerana ini dianggap keterlaluan. Selain itu, saya dapat tahu bahawa Kontrak Sosial adalah identiti Tanah Melayu iaitu mengikut unsur tradisi yg terdiri dari Raja-Raja Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Ternyata sekiranya tiada Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera, orang Melayu akan hilang hak sebagai orang Melayu dan mereka akan memberontak. 

Sunday, 1 May 2016

HUDUD, QISAS, TA'ZIR (Homework) - (27 April 2016)

Homework: Hudud, Qisas dan Ta'zir



Hudud
Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:
·         Zina.
·         Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
·         Minum Arak.
·         Mencuri.
·         Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
·         Murtad.
·         Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )


Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan 
( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;

Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah:
potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )


Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :

Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )


Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )


Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;

Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). 
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )



Qisas

Definisi
Qisas secara istilah ialah suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia. Qisas juga bererti “potong” ataupun yang memberi arti bahawa dengan hukuman qisas akan terpotong jenayah itu dan ini terus berlaku di dalam masyarakat.

Kesalahan yang wajib dijadikan Qisas
 Antara kesalahan yang boleh diwajibkan qisas ialah:

   a.         Membunuh orang dengan sengaja.
   b.         Membunuh orang dengan menyerupai sengaja.
   c.         Membunuh orang dengan tersalah.
   d.         Membunuh orang dengan sengaja tetapi tidak membawa kepada kematian.
   e.         Membunuh orang dengan menyerupai sengaja dan tidak membawa kepada kematian.

Firman Allah:
Artinya:  “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu melaksanakan hukuman qisas (balasan yang seimbang) di dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.”
(al-Baqarah:  178)


Syarat-syarat Qisas
       Syarat-syarat boleh dilakukan hukum qisas dengan dua syarat ;
 -Pembunuh itu baligh dan berakal. Pembunuh yang belum baligh dan berakal tidak dihukum qisas.
 -Pembunuh, bukan bapa, ibu, datuk dan nenek. Mereka ini tidak dikenakan qisas.


Ta’zir
Definisi
Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Kesalahan yang termasuk dalam kategori Ta'zir.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:
1.    Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
2.    Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
3.    Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Hukuman bagi kesalahan Ta'zir
Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:
a.   Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
b.   Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.
c.   Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d.   Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
e.   Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.
f.    Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.
g.   Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.
h.   Sebat
 Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.
 i.     Buang daerah
 Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga
j.     Bunuh
Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

Kesimpulan berkaitan hukum HUDUD, QISAS dan TA'ZIR ialah:
Dengan ini, jelaslah ketegasan yang tergambar, yang pada hakikatnya merupakan suatu rahmat kepada masyarakat keseluruhannya sehingga bebas daripada kejahatan kedua jenayah itu dan bahayanya. Oleh itu pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu sedikit bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang berdosa dan keluar daripada hukum Allah S.W.T. yang melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang tidak berdosa kehilangan nyawa, tubuh dan harta benda mereka. Malah kekerasan hukuman pada hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang ragu-ragu untuk melakukan jenayah kerana kekerasan hukuman tersebut akan menimbulkan ketakutan di kalangan mereka yang cuba melakukannya. Maka, keadaan itu juga akan mengubah pendirian orang yang teragak-agak untuk melakukan jenayah itu.

Refleksi Minggu ke 7 (27 April 2016) - Natasha

Assalamualaikum.....

Untuk refleksi pada minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan daripada topik pengajaran berhubung dengan Konsep Perlembagaan adalah pentingnya sistem beraja dalam negara agar dapat meletakkan ketinggian  hak dan kedudukan istimewa orang islam dan bumiputera. Contohnya batasan hak bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu dan kebebasan beragama. Oleh hal demikian sebagai generasi pada masa kini, kita tidak boleh mempersiakan hak yang telah diperjuangkan oleh tradisi awal dan seterusnya mengamalkan konsep berkerjasama di antara etnik bagi menuju kemerdekaan.