Untuk refleksi pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah kepentingan Perlembagaan Persekutuan dan fungsi-fungsi perlembagaan tersebut. Lebih terperinci yang telah saya dapati adalah mengapakah Malayan Union ditentang oleh orang Melayu. Rupanya dengan wujudnya Malayan Union, kuasa Raja-Raja Melayu akan dikurangkan dan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan. Ini telah membangkitkan kemarahan dan tidak puas hati kaum Melayu kerana ini dianggap keterlaluan. Selain itu, saya dapat tahu bahawa Kontrak Sosial adalah identiti Tanah Melayu iaitu mengikut unsur tradisi yg terdiri dari Raja-Raja Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Ternyata sekiranya tiada Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera, orang Melayu akan hilang hak sebagai orang Melayu dan mereka akan memberontak.