PENGENALAN
Kaedah
pembelajaran di kalangan pelajar merupakan aspek penting bagi membentuk sikap
tanggungjawab pelajar dalam mencari ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih
teratur dan berkesan. Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan
satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah
untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran yang
kita ceburi. Selain daripada itu juga, pelajar perlu memahami bahawa tidak ada
satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling
baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri
pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis
panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang
pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
Berdasarkan
pemerhatian yang telah dibuat, Hal ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar
di peringkat university malahan di peringkat sekolah rendah juga. Oleh kerana
hal ini telah berleluasa, maka masalah ini perlu di ketengahkan bagi
mencari punca dan cara ataupun teknik
yang berkesan dalam kaedah pembelajaran. Tambahan lagi, tujuan dan niat
seseorang individu juga perlulah dipupuk bagi membentuk hala tuju individu
tersebut. Contohnya, kenapa timbulnya masalah itu dan bagaimanakah cara
penyelesaiannya bagi melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dalam mengatur
langkah pembelajaran yang sebenar.
Di samping itu
juga, faktor-faktor dorongan dalam pembelajaran adalah bagi mengenal pasti
wujudnya “motivasi dalaman” atau faktor-faktor pendorong di dalam diri
masing-masing, misalnya kemiskinan. Selain itu, menginsafi akan kepentingan
ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang
dikumpulkan itu. Dorongan dari rasa tanggungjawab juga akan membuatkan pelajar
itu lebih motivasi terhadap diri sendiri dan seterusnya mewujudkan sikap serta
nilai-nilai murni dalam mewujudkan suasana belajar yang lebih berkesan. Dalam
masa yang sama juga, para pelajar akan menginsafi peranannya terhadap
masyarakat pada masa akan datang. Ini kerana kematangan pemikiran seseorang
dapat mengenalpasti dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku
pada kehidupan masa akan datang.
No comments:
Post a Comment