Assalamualaikum,
Pada
minggu ini apa yang dapat saya gubalkan adalah berkenaan strategi survival
melayu dan bumiputera. Survival itu sendiri adalah perkataan inggeris iaitu the
state of continuing to live or exist yang membawa maksud mengekalkan kesinambungan
untuk hidup atau wujud.
Konsep
survival itu sendiri ada berkenaan usaha yang dilakukkan oleh kerajaan untuk
memastikan kehidupan dan kewujudan orang Melayu dan Bumiputera terus terjamin
mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
Saya
sendiri tertarik dengan ayat didalam al-Quran yang menyebut perihal usaha. “sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Daripada ayat Al-Quran telah menyebut
kita hendaklah berusaha untuk berubah dan memajukan diri sendiri.
Pelbagai
peranan kerajaan untuk memastikan survival Melayu dan Bumiputera ini terus maju
ke hadapan. Kerajaan Malaysia ditunjangi oleh UMNO telah menbentuk Parti
Perikatan dan setrusnya Barisan Nasional. Bagi memperkasakan dan memajukan
Negara, Kerajaan telah mewujudkan beberapa dasar diantaranya adalah politik,
ekonomi, social, pendidikan dan budaya.
Selain
daripada itu, saya juga terkesan dengan beberapa topic yang ustazah telah
kongsikan iaitu berkenaan ilmu. Apabila kita hendak menuntut ilmu, kita juga
harus mengetahui “ilmu tentang ilmu” iaitu:
(a) Sifat
ilmu
(b) Sumber
ilmu (Allah, Kitab, Akal dan Pengalaman)
(c) Tujuan
untuk menuntut ilmu (melunaskan tujuan diciptakan)
(d) Pembahagian
ilmu
Selain
itu, kita juga perlu menitik beratkan tentang perihal “perbincangan” didalam
kumpulan. Ini kerana kita tidak mahu perbincangan kita terjerumus kepada
benda-benda yang sia-sia. Sebelum perbincangan bermua hendaklah kita membaca
al-fatihah dan kalau kita terlupa bacalah doa tutup majlis.
Untuk
refleksi saya yang kedua adalah berkenaan islam dan hubungan etnik. Apa yang
dapat saya simpulakn didalam topic ini adalah hubungan diantara orang islam dan
orang bukan islam. Islam itu sendiri tidak menghalang untuk orang islam
berbaik-baik, berkerjasama dan saling membantu diantara penganut agama lain.
Islam
telah menerapkan nilai-nilai yang positif untuk kita amalkan didalam kehidupan
seharian kita iaitu:
(a) Al-‘IImu
Ilmu mengangkat tinggi
martabat orang-orang yang berilmu dan beramal dengannya disisi Allah dan
masyarkat.
(b) Al-Syura
Syura adalah tentang
perbincangan yang mampu menyelesaikan banyak perkara.
(c) Al-‘Adalah
Al-‘Adalah adalah
tentang keadilan, dan keadilan adalah perkara terpenting didalam islam.
(d) Al-Hurriyyah
Al-Hurriyyah adalah
kebebasan. Kebebasan disini adalah bermaksud rakyat bebas memilih untuk
menyokong dan membuat keputusan yang terbaik.
(e) Al-Musawah
Al-Musawah adalah
samarata. Samarata disini adalah berkenaan islam tidak membanding-bandingkan sesama
manusia berdasarkan keturunan, kaum, warna kulit, dan keadaan fizikal.
(f) Al-Mas’uliyyah
Al-Mas’uliyyah adalah
tanggungjawab. Manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing dan Allah SWT
menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan imu untuk menjalankan
tanggungjawab dengan baik.
Kesimpulannya,
nilai-nilai ini perlu diterapkan supaya kehidupan sejagat dapat dijalankan
dengan baik.
No comments:
Post a Comment