Monday, 13 June 2016

Refleksi Minggu Ke 8 (4 Mei 2016) – Noor Adibah

Assalamualaikum,
Pada minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah tentang piagam madinah. Yang membuatkan saya ertarik dengan piagam madinah ialah piagam madinah meletakkan al-Quran sebagai sumber tertinggi Negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Piagam Madinah atau Sahifah madinah mengandungi prinsip asas berikut:
(a)    Allah dan Rasulullah SAW sebagai sumber rujukan utama
(b)   Kesatuan ummah menjadi tonggak kesejahteraan Negara Madinah
(c)    Hak-hak untuk umat islam (23 fasal/perkara)
(d)   Hak-hak untuk bukan islam (24 fasal/perkara)
(e)    Tanggung jawab rakyat Madinah untuk menjaga keamanan Madinah
Piagam madinah telah digubal oleh Rasulullah SAW dengan panduan Wahyu Allah SWT. Untuk menyatukan orang islam dan orang bukan islam rasulullah telah memperkenalkan konsep hubungan perpaduan melalui piagam madinah. Dasar atau peraturan mengenai hubungan antara orang islam dan orang bukan islam yang disusun oleh Rasulullah SAW ialah:
 (a)        Orang bukan islam bersama dengan orang islam mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
(b)   Keselamatan mereka dijamin dan diberi hak warganegara jika orang bukan islam di Madinah memutuskan hubungan dengan orang kafir Quraisy.
(c)    Setiap penduduk tanpa mengira bangsa atau agama diberi hak yang sama, tidak dizalimi dan tidak diserang.
(d)   Setiap pemduduk Madinah yang bukan islam bebas dan berpegang kepada agama masing-masing. Orang islam dilarag murtad dan dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat dan kembali semula kepada islam.
(e)    Setiap penduduk tidak boleh dihalang daripada menuntut haknya apabila dicerobohhi.

Kesimpulannya, Piagam madinah dapat menyatukan pelbagai kaum kerana ia berlandaskan al-Quran, wahyu daripada Allah SWT, dan digubal oleh Rasulullah SAW. Orang bukan islam dan orang islam dapat bersatu kerana mereka berasa Piagam Madinah adalah satu rangka yang dapat menyatukan semua pihak dan ia bersifat adil. 

No comments:

Post a Comment