Monday, 13 June 2016

PENGENALAN

Kaedah pembelajaran di kalangan pelajar merupakan aspek penting bagi membentuk sikap tanggungjawab pelajar dalam mencari ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih teratur dan berkesan.   Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran yang kita ceburi. Selain daripada itu juga, pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, Hal ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar di peringkat university malahan di peringkat sekolah rendah juga. Oleh kerana hal ini telah berleluasa, maka masalah ini perlu di ketengahkan bagi mencari  punca dan cara ataupun teknik yang berkesan dalam kaedah pembelajaran. Tambahan lagi, tujuan dan niat seseorang individu juga perlulah dipupuk bagi membentuk hala tuju individu tersebut. Contohnya, kenapa timbulnya masalah itu dan bagaimanakah cara penyelesaiannya bagi melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dalam mengatur langkah pembelajaran yang sebenar.


Di samping itu juga, faktor-faktor dorongan dalam pembelajaran adalah bagi mengenal pasti wujudnya “motivasi dalaman” atau faktor-faktor pendorong di dalam diri masing-masing, misalnya kemiskinan. Selain itu, menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu. Dorongan dari rasa tanggungjawab juga akan membuatkan pelajar itu lebih motivasi terhadap diri sendiri dan seterusnya mewujudkan sikap serta nilai-nilai murni dalam mewujudkan suasana belajar yang lebih berkesan. Dalam masa yang sama juga, para pelajar akan menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa akan datang. Ini kerana kematangan pemikiran seseorang dapat mengenalpasti dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada kehidupan masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment