Assalamualaikum,
Pada
minggu ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah tentang piagam madinah. Yang membuatkan
saya ertarik dengan piagam madinah ialah piagam madinah meletakkan al-Quran sebagai
sumber tertinggi Negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan
al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Piagam Madinah atau Sahifah madinah
mengandungi prinsip asas berikut:
(a) Allah
dan Rasulullah SAW sebagai sumber rujukan utama
(b) Kesatuan
ummah menjadi tonggak kesejahteraan Negara Madinah
(c) Hak-hak
untuk umat islam (23 fasal/perkara)
(d) Hak-hak
untuk bukan islam (24 fasal/perkara)
(e) Tanggung
jawab rakyat Madinah untuk menjaga keamanan Madinah
Piagam
madinah telah digubal oleh Rasulullah SAW dengan panduan Wahyu Allah SWT. Untuk
menyatukan orang islam dan orang bukan islam rasulullah telah memperkenalkan
konsep hubungan perpaduan melalui piagam madinah. Dasar atau peraturan mengenai
hubungan antara orang islam dan orang bukan islam yang disusun oleh Rasulullah
SAW ialah:
(a) Orang
bukan islam bersama dengan orang islam mempertahankan Madinah daripada serangan
musuh.
(b) Keselamatan
mereka dijamin dan diberi hak warganegara jika orang bukan islam di Madinah
memutuskan hubungan dengan orang kafir Quraisy.
(c) Setiap
penduduk tanpa mengira bangsa atau agama diberi hak yang sama, tidak dizalimi
dan tidak diserang.
(d) Setiap
pemduduk Madinah yang bukan islam bebas dan berpegang kepada agama
masing-masing. Orang islam dilarag murtad dan dikenakan hukuman bunuh jika
tidak mahu bertaubat dan kembali semula kepada islam.
(e) Setiap
penduduk tidak boleh dihalang daripada menuntut haknya apabila dicerobohhi.
Kesimpulannya,
Piagam madinah dapat menyatukan pelbagai kaum kerana ia berlandaskan al-Quran,
wahyu daripada Allah SWT, dan digubal oleh Rasulullah SAW. Orang bukan islam
dan orang islam dapat bersatu kerana mereka berasa Piagam Madinah adalah satu
rangka yang dapat menyatukan semua pihak dan ia bersifat adil.
No comments:
Post a Comment