Untuk refleksi minggu lepas, saya telah pelajari sedikit tentang pengenalan untuk Bab 3 iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik. Ilmu yang telah saya perolehi adalah tentang perbezaan di antara perlembagaan dan undang-undang. Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-undang yang tertinggi di sesebuah negara dan kerana itu ianya berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Selain itu, di sini saya dapat tahu bahawasanya terdapat banyak jenis hak dan kuasa yang terdapat di dalam negara kita. Contohnya seperti hak rakyat, hak untuk mengundi, hak untuk bersuara. Sebenarnya hak-hak ini wajar kita ketahui kerana ia dapat mempertahankan diri kita dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga hak-hak apa yang sepatutnya kita dapat.
Wednesday, 13 April 2016
PERBEZAAN PLURALITI DAN PLURALISTIK (30 Mac 2016)
PLURALITI
|
PLURALISTIK
|
|
PENTADBIRAN
|
Wujud hubungan
peradaban antara Alam Melayu dan China serta India.
Mencapai zaman
kemuncaknya pada waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
|
Sistem
pentadbiran yang memisahkan di antara negara dan agama.
Pentadbiran
negara oleh penjajah.
Hal ehwal
Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah Sultan.
Ini berbeza
dengan sistem di zaman sebelum Inggeris di mana tiada pengasingan kuasa
berlaku kerana Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak.
|
PEMERINTAHAN
|
Perlembagaan
Melaka dilaksana berdasarkan Islam (Kanun Melaka & Undang-undang Laut
Melaka)
Zaman keemasan
dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
Pemerintahan
diplomasi & terbuka.
Sultan/pembesar
mempunyai misi & visi yang hebat.
|
Kehakiman, Eksekutif
dan Perundangan serta Federalism.
Wujud system persekutuan
berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia).
Setiap pihak
hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampuraduk.
|
SOSIAL
|
Berlaku hasil
penghijrahan dari dalam wilayah (dalam kalangan etnik Melayu sendiri) dan
juga dari luar yang melibatkan etnik lain spt Cina, Arab, India & berlaku
asimilasi.
Menetap di
Kepulauan Melayu atau Nusantara dan berpindah-randah dari satu pulau kepulau
yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya.
Mewujudkan
unsur akomodasi dalam kehidupan bermasyarakat.
|
Tidak ada sifat kemasyarakatan kerana setiap
penduduk yang berlainan kaum mengekalkan agama, budaya, dan cara hidup mereka
sendiri.
|
EKONOMI
|
Perdagangan
rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang
sangat cekap.
Kepulauan
Melayu terkenal dengan rempah ratus yang dianggap barang mewah
|
Berubah dari
pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan
(sistem ekonomi kapitalis).
Mengamalkan
system ekonomi dualisme.
Pada tahun
1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah
sosio-ekonomi dan sosio-politik.
Isu yang
berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak
untuk merapatkan jurang yang sedia ada.
Keperluan
untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia
menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik.
|
ILMU
|
Epistemologi
ilmu pengetahuan Alam Melayu berasaskan metafizik (alam ghaib) dan animism.
Sebelum
penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar
pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)
|
Ilmu kolonial
yang berasaskan sains moden yang bersifat rasional dan saintifik (boleh
dibuktikan menerusi pancaindera manusia-statistik, peta, dll) telah
mencorakkan dasar-dasar pentadbiran, ekonomi dan pendidikan penjajah.
|
Kerja Mingguan Bab 2 (Pluraliti) - 30 Mac 2016
Buku teks M/S 45
Soalan 1 (Esei)
Soalan 1 (Esei)
c) Huraikan DUA (2) elemen utama yang membuktikan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam.
i) Elemen pertama yang membuktikan bahawa kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam adalah pemerintah yang beragama islam. Pemelukan Islam oleh Raja Melaka telah mempengaruhi rakyat dek sikat keterbukaan beliau. Selain itu, kecintaan Sultan Melaka terhadap ilmu pengetahuan memberikan impak yang positif dikalangan kerajaan Melayu Melaka.
ii) Elemen kedua ialah penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab. Mereka telah datang untuk mengajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu tasawuf, fiqah, ibadah dan lain-lain. Selepas penyebaran Islam di Melaka, Islam telah disebar dan berkembang luas di negara-negara lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)