Monday, 14 March 2016

Assignment : Mengapa timbul prejudis ?

Assalamualaikum, Untuk kali ni kami akan menjawab soalan yang telah diberi iaitu..

'Mengapa timbul prejudis?' 


Sikap prejudis itu timbul dari kecenderungan melabelkan kita vs mereka prejudis emosi. Sebagai contoh, perasaan marah, takut, rasa bersalah dan benci dari individu itu sendiri. Didikan dan persekitaran juga merupakan faktor timbulnya sikap prejudis. Sesuatu didikan itu kebiasaannya bermula dari rumah. Ibu bapa yang bersikap prejudis tanpa sedar menularkan sikap itu kepada anak-anak mereka. Ini dilakukan dalam kehidupan seharian dan lama-kelamaan anak juga sudah terbiasa berburuk sangka. Melainkan kalau anak itu mendapat kesedaran sendiri untuk berubah. Jika tiada inisiatif untuk berubah, maka sikap itu akan menular ke generasi yang seterusnya.

Selain itu sikap prejudis mungkin juga timbul apabila Islam tidak diambil secara menyeluruh. Apa yang diambil cumalah ritualnya saja seperti solat, zikir, puasa dan sebagainya, akan tetapi akhlak dilupakan. Jadi, cara yang terbaik untuk mengatasi masalah di atas adalah dengan sentiasa muhasabah diri dan cuba untuk fikir positif dan bersangka baik terhadap orang lain. Sekiranya terdetik perasaan sebegitu, kita perlu beristigfhar dan ingat pada Allah SWT.

Refleksi Minggu 1 (9 Mac 2016)

Assalamualaikum. Refleksi untuk minggu lepas, kami akan membincangkan tentang topik yang telah kami pelajari iaitu tentang prejudis, stereotaip, diskriminasi dan perang. Disini kami sertakan maksud yang lebih mendalam dan perjelaskan lagi konsep-konsepnya.

Prejudis
Prejudis bermaksud pandangan negatif seseorang atau sekelompok kumpulan terhadap orang lain yang mungkin berbeza dari segi jantina, kaum atau negeri. prejudis ini tidak disuarakan atau diluahkan. Prejudis ini bermula daripada perasaan tidak puas hati atau pemikiran negatif terhadap seseorang. Jika ketidakpuas hati ini disuarakan melalui perkataan ataupun perbuatan ia akan menjadi stereotaip. 

Stereotaip
Ia adalah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. Kita juga boleh memahami 'stereotaip' sebagai penilaian negatif/atau positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang.

Diskriminasi
Diskriminasi adalah ditunjukkan secara fizikal oleh sesetengah individu. Perbuatan fizikal ini dipengaruhi oleh pemikiran, pandangan, dan kepercayaan yang negatif terhadap individu yang lain. Diskriminasi ini juga boleh dilihat apabila sesetengah individu cuba menjauhkan diri terhadap seseorang apabila mempunyai pemikiran atau pandangan yang negatif. 


Yang terakhir sekali, kalau dah terlalu teruk ia akan menyebabkan perang.


Pengajaran yang dapat kami simpulkan untuk minggu pertama:

Kita sebagai manusia yang berpegang teguh pada agama perlulah menjauhkan diri dari bersangka buruk dan negatif terhadap orang lain. Ia boleh mengakibatkan permasalahan di antara satu individu dengan individu yang lain dan pergaduhan jugak tidak elok dikalangan masyarakat.

Selamat datang ke blog kami :)

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.


Assalamualaikum, Kami berempat yang bernama, Nur Farah Hani, Nur Farah Husna, Noor Adibah dan Natasha, adalah pelajar-pelajar kelas HM240 5C dari kursus Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Hotel di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor. 

Tujuan blog ini dibuat adalah untuk subjek kelas kami iaitu Sejarah Malaysia atau CTU555. Segala perihal tentang subjek kelas dan kerja lain-lain akan kami update di sini. Terima kasih.