Piagam Madinah ialah Perlembagaan Bertulis yang pertama
yang digunakan oleh umat Islam Madinah dimasa pemerintahan Islam. Ia telah
digubal oleh Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam pada tahun 622M
bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di
dunia. Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua
golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam,
terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan
Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar
Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi
kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sebenarnya
berada di dalam satu kawasan yang sama (kawasan masjid nabawi sekarang). Mereka
sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang
Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman
mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut
dan mengkhianati Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan pengikutnya.
Orang-orang Munafik pula menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu orang-orang
Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan
agama Islam dan orang-orang Islam.
Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di
Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai
Sahifah al-Madinah
Kandungan Piagam :
Piagam ini terdiri daripada 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian iaitu
23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan
antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat
Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Kepentingan Piagam Madinah adalah sebagai :
- Contoh model kerajaan islam yang unggul.
- Panduan pemerintahan kerajaan Islam
- Kepintaran Nabi menggubal peratuan yang lengkap
- Membentuk masyarakat bersepadu
- Menyemai semangat ukhwah (persaudaraan dalam islam)