Assalamualaikum,
Pada minggu ini apa yang dapat saya
simpulkan adalah berkenaan dari segregasi ke integrasi. Segregasi adalah
pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain. Integrasi bermaksud satu process penyatuan atau penyesuaia pelbagai
kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Didalam tajuk
ni saya telah memperlajari satu term yang baharu iaitu etnosentrisme yang
bermaksud semangat etnik memandang buruk etnik yang lain.
Pada pandangan saya, untuk
memwujudkan situasi integrasi adalah susah kerana masyarakat itu sendiri
mempunyai sikap prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme, dan
etnosentrisme. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memupuk sikap integrasi
didalam diri masyarakat. Antara usaha kerajaan dalam memupuk integrasi ialah
mengubah dan menambahbaikan dasar pendidikan kebangsaan, dasar kebudayaan
kebangsaan, dasar pembangunan nasional, rukun Negara, wawasan 2020, konsep 1
Malaysia dan jabatan perpaduan Negara
Kesimpulannya, bukan sahaja Kerajaan
yang perlu memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi tetapi masyarakat
itu sendiri perlu mengambil langkah yang positif. Tanpa sokongan dan dorongan
daripada masyarakat, segala usaha Kerajaan akan sia-sia kerana tiadanya
hubungan dua hala.
No comments:
Post a Comment