Monday, 13 June 2016

Refleksi minggu ke 11 (25 mei 2016) – Noor adibah

Assalamualaikum,

Pada minggu ini apa yang dapat saya gubalkan adalah berkenaan strategi survival melayu dan bumiputera. Survival itu sendiri adalah perkataan inggeris iaitu the state of continuing to live or exist yang membawa maksud mengekalkan kesinambungan untuk hidup atau wujud.

Konsep survival itu sendiri ada berkenaan usaha yang dilakukkan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang Melayu dan Bumiputera terus terjamin mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

Saya sendiri tertarik dengan ayat didalam al-Quran yang menyebut perihal usaha. “sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Daripada ayat Al-Quran telah menyebut kita hendaklah berusaha untuk berubah dan memajukan diri sendiri.

Pelbagai peranan kerajaan untuk memastikan survival Melayu dan Bumiputera ini terus maju ke hadapan. Kerajaan Malaysia ditunjangi oleh UMNO telah menbentuk Parti Perikatan dan setrusnya Barisan Nasional. Bagi memperkasakan dan memajukan Negara, Kerajaan telah mewujudkan beberapa dasar diantaranya adalah politik, ekonomi, social, pendidikan dan budaya.

Selain daripada itu, saya juga terkesan dengan beberapa topic yang ustazah telah kongsikan iaitu berkenaan ilmu. Apabila kita hendak menuntut ilmu, kita juga harus mengetahui “ilmu tentang ilmu” iaitu:
(a)    Sifat ilmu
(b)   Sumber ilmu (Allah, Kitab, Akal dan Pengalaman)
(c)    Tujuan untuk menuntut ilmu (melunaskan tujuan diciptakan)
(d)   Pembahagian ilmu

Selain itu, kita juga perlu menitik beratkan tentang perihal “perbincangan” didalam kumpulan. Ini kerana kita tidak mahu perbincangan kita terjerumus kepada benda-benda yang sia-sia. Sebelum perbincangan bermua hendaklah kita membaca al-fatihah dan kalau kita terlupa bacalah doa tutup majlis.


Untuk refleksi saya yang kedua adalah berkenaan islam dan hubungan etnik. Apa yang dapat saya simpulakn didalam topic ini adalah hubungan diantara orang islam dan orang bukan islam. Islam itu sendiri tidak menghalang untuk orang islam berbaik-baik, berkerjasama dan saling membantu diantara penganut agama lain.

Islam telah menerapkan nilai-nilai yang positif untuk kita amalkan didalam kehidupan seharian kita iaitu:
(a)    Al-‘IImu
Ilmu mengangkat tinggi martabat orang-orang yang berilmu dan beramal dengannya disisi Allah dan masyarkat.
(b)   Al-Syura
Syura adalah tentang perbincangan yang mampu menyelesaikan banyak perkara.
(c)    Al-‘Adalah
Al-‘Adalah adalah tentang keadilan, dan keadilan adalah perkara terpenting didalam islam.
(d)   Al-Hurriyyah
Al-Hurriyyah adalah kebebasan. Kebebasan disini adalah bermaksud rakyat bebas memilih untuk menyokong dan membuat keputusan yang terbaik.
(e)    Al-Musawah
Al-Musawah adalah samarata. Samarata disini adalah berkenaan islam tidak membanding-bandingkan sesama manusia berdasarkan keturunan, kaum, warna kulit, dan keadaan fizikal.
(f)    Al-Mas’uliyyah
Al-Mas’uliyyah adalah tanggungjawab. Manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing dan Allah SWT menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan imu untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik.


Kesimpulannya, nilai-nilai ini perlu diterapkan supaya kehidupan sejagat dapat dijalankan dengan baik. 

No comments:

Post a Comment