Assalamualaikum w.b.t...
Survival Melayu dan Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan kedudukan etnik Melayu yang terjamin di negara ini yang merupakan negara tumpah darah dan warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan dan sebagainya.
Jadi refleksi yang dapat saya buat pada topik minggu ini adalah kedudukan yang diberi oleh Perlembagaan telah membolehkan ajaran Islam diperkukuhkan di Negara ini dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, pembangunan dan lain-lain. Islam telah menjadi asas kepada penyatuan Melayu, mendidik mereka menjadi bangsa yang tinggi semangat toleransi dan berbudi bahasa, menjadi tenaga yang dinamis mengerakkan kemajuan Negara dan menjadi bangsa berfahaman sederhana atau wasathiyyah. Tanpa Islam, Malaysia tidak akan mencapai ke tahap sekarang dan survival Melayu akan menghadapi masalah. Peranan yang dimainkan oleh Islam menyebabkan banyak percubaan telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memisahkan Melayu daripada Islam dan mencabar kedudukan Islam yang telah diberikan oleh Perlembagaan. Sehingga kini percubaan tersebut berjaya ditangkis walaupun ia datang bertali arus dalam berbagai bentuk dan versi.
Tuesday, 31 May 2016
Homework (Kumpulan) - (18 Mei 2016)
Assalamuailaikum w.b.t.....
Soalan 1: Senarai nama NGO yang menyumbang kepada integrasi.
Soalan 1: Senarai nama NGO yang menyumbang kepada integrasi.
Pertubuhan bukan kerajaan non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme badan bukan kerajaan dapat dikenalpasti dalam kerangka masyarakat sivil . Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan badan bukan kerajaan sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Contoh NGO yang menyumbang kepada integrasi adalah Pembangunan Ekonomi dan Sosial, Hak Asasi Manusia, Agama dan Budaya, Belia dan lain-lain.
Soalan 2: Nyatakan 5 usaha yang boleh dilakukan di Malaysia sekarang.
SUMBANGAN
RASULULLAH S.A.W
|
SUMBANGAN
KEPIMPINAN MASA KINI
|
-Rasulullah s.a.w. berjaya menyusun dan mengatur
stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif.
|
-Cara paling penting untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa
kebangsaan sebagai Bahasa utama.
|
-Rasulullah s.a.w telah memberi fungi kepada
institusi masjid yang berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat
musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.
|
-Dasar kebudayaan kebangsaan dapat mengukuhkan
perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan
perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan
pelbagai budaya kaum masing-masing.
|
-Setelah Piagam Madinah diasaskan dan janji
dimeterai, Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan kedudukan
politik umat Islam di Madinah.
|
-Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.
|
-Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau
musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan
– kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap
musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
|
-Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah
untuk membentuk perpaduan negara. Selain itu juga, dengan tujuan mengurangkan
ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi
semua bidang.
|
-Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum
melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi
|
-Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian
pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik.
|
Soalan 3: Berikan
penilaian anda terhadap penghayatan Rukun Negara.
Perpaduan merupakan asas kemajuan
dan pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi pengikat terpenting dalam mencapai
sesuatu kejayaan. Kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi mewujudkan
kesefahaman dan perpaduan antara kaum untuk membina sebuah negara yang aman dan
maju. Selain itu, penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang
mematuhi undang-undang. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar
dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
berasa selamat. Satu lagi manfaat yang tidak dapat dipertikaikan ialah semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat dapat ditingkatkan.
Refleksi Minggu ke 10 (18 Mei 2016) - Natasha
Assalamualaikum w.b.t......
Refleksi pada minggu ini adalah berkaitan dengan konsep dari Segrasi ke Integrasi. Segrasi bermaksud pemisahan atau pengasingan antara satu etnik dengan kumpulan etnik yang lain manakala Integrasi pula bermaksud satu proses penyatuan atau penyesuaian pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat.
Berdasarkan konsep perpaduan di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W, akhlak dan moral yang terpancar di kalangan orang islam pada ketika itu, sama ada dalam bentuk teori atau praktikal, di tambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan islam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk maka lahirlah sebuah negara yang kuat, aman dan damai serta bersatu padu. Jadi, hal ini haruslah diambil iktibar pada masyarakat masa kini tentang konsep dan ajaran yang di guna pakai oleh Nabi pada ketika itu bagi mewujudkan kembali sebuah perpaduan di antara satu sama lain.
Sejak merdeka lagi, kerajaan Malaysia telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh hal demikian segala perancangan yang telah ditetapkan haruslah dilaksanakan dengan baik.
Homework (Individu) - (18 Mei 2016) - Natasha
Soalan 1 : 10 ciri-ciri negara maju.
Negara Maju merupakan istilah khusus yang disematkan kepada negara yang menikmati standard hidup relatif tinggi di sektor teknologi beserta ekonomi yang meluas. Dari pernyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa negara maju adalah suatu negara yang rakyatnya mempunyai kualiti hidup bahkan kesejahteraan yang lebih tinggi.
Ciri -ciri negara maju adalah :
- Angka pengangguran rendah
- Sistem pendidikan bertaraf internasional
- Pengurangan kadar gejala sosial di kalangan masyarakat
- Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi semakin cepat dan pesat
- Industri menjadi sektor ekonomi utama
- Bertanggungjawab serta profesional dalam melakukan sesuatu perkara
- Pendapatan perkapita tinggi
- Pertanian Pertanian termasuk peternakan dan perikanan untuk industrialisasi, dijual dan dieksport.
- Tidak bergantung kepada alam semata-mata
- Kos sara hidup yang lebih rendah dan bersesuaian dengan pendapatan bagi semua peringkat masyarakat.
Pada pandangan kami, pembangunan ekonomi haruslah dinilai dari sudut perspektif islam terlebih dahulu kerana ia merupakan usaha membangunkan potensi yang ada pada diri manusia dan persekitarannya bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat berbanding perspektif barat yang hanya memandang material sahaja. Berdasarkan fenomena pembanguna pada masa kini, Ekonomi, sosial & politik dunia kini berhdpn dgn pelbagai masalah akibat kepincangan sistem dan Islam ternyata sedia mmiliki jalan keluar bagi setiap masalah yang timbul. Namun begitu, pandangan barat yang hanya menjurus kepada materialistik & menitikberatkan keuntungn semata telah meghancurkan nilai kemanusiaan & dalam masa yang sama memberi kesan negatif terhadap persekitaran yang akhirnya kembali mendatangkan masalah kepada manusia semula seperti bencana alam serta masalah sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)