Assalamualaikum,
Daripada kisah ini yang dapat saya
simpulkan adalah yang pertama seorang lelaki tua yang berani untuk mengakui
kesalahannya sehingga menemui kematian. Sikap sepertinya tidak semua insan
memilikinya. Walaupun lelaki tua ini mempunyai seribu satu ruang untuk menutupi
kesalahannya, tetapi beliau berani sehinggakan nyawanya terkorban.
Keduanya ialah berkenaan seorang
pemuda yang bernama Hassan yang berani untuk mengakui kesalahan dan sanggup
menyerah diri untuk dibunuh. Keberaniaannya adalah sama seperti lelaki tua itu.
Pemuda ini seorang yang jujur dan sanggup memikul kesalahannya walhal pemuda
ini tahu hukuman yang bakal dilaluinya.
Ketiga adalah Abu Zar yang berjiwa
besar dan sanggup untuk menjadi penjamin kepada seorang pemuda yang tidak dia
kenal asal usulnya. Beliau hanya berpegang pada prinsip, dia akan menolong
sesiapa sahaja yang meminta tolong disebakan berasa malu kepada Rasulullah SAW
jika mengetahui tiada siapa pun yang menulurkan bantuan.
Keempat adalah kepimpinan Umar bin
Khatab yang adil dan saksama semasa mengadili situasi ini. Walaupun beliau
berasa berat hati untuk menjatuhkan hukuman terhadap sahabatnya yang saleh
iaitu Abu Zar, tetapi tanggungjawab yang dipikulnya tetap membuatkan beliau
meneruskan pengadilan itu.
Kesimpulannya, keempat-empat lelaki
ini mempunyai keperibadian yang terpuji sehinggakan membuka mata ramai orang
dan menempa satu sejarah yang agung. Setiap perlakuan mereka mempamerkan sifat
mereka menampakkan Allah SWT didalam perbuatan mereka.
No comments:
Post a Comment