ISI KANDUNGAN
BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGATASI MASALAH-MASALAH TERSEBUT???
1. Pelajar harus sentiasa
peka ketika sesi pembelajaran berlangsung bagi mendapatkan maklumat yang
penting sebagai rujukan
2. Sebelum memulakan
pembelajaran, pelajar harus mengulangkaji topik yang telah dipelajari dan juga
topik yang akan dibincangkan di dalam
kelas terlebih dahulu.
3. Pelajar seharusnya
memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan disamping menyediakan bahan bacaan
yang mudah dan senang untuk difahami.
4. Pelajar harus bersedia dan
membuat persiapan untuk menduduki ujian, kuiz dan peperiksaan akhir dengan
lebih awal.
5. Pelajar wajar mengamalkan
sikap berdisiplin, menepati masa dan berfikiran positif terhadap sesuatu
situasi atau perkara terutama perihal pelajaran.
Sehubungan itu, kami telah
menjalankan kajian bagi menguji tahap keberkesanan kaedah
pembelajaran di kalangan
pelajar HM240 5C.
Cara pelaksanaan:
1. Memilih 10 orang
pelajar di kalangan Fakulti Pengurusan Hotel, Semester 5, HM240 5C.
2. Mengenal pasti strategi-strategi
yang wajar digunakan oleh pelajar dalam kaedah pembelajaran yang berkesan untuk
mendapatkan hasil yang lebih baik.
Antara strategi-strategi
yang berkesan:
1. Belajar dalam kumpulan.
2. Membuat nota ringkas
menggunakan peta minda dan kata kunci.
3. Belajar lebih awal
sebelum ujian berlangsung di dalam
kelas.
4. Sentiasa membuat
ulangkaji sebelum dan selepas pembelajaran.
5. Tidak malu bertanya
kepada pensyarah jika berlaku ketidakpastian.
6. Mengimbangi waktu
belajar dan waktu beribadah.
Kami telah menjalankan
temuramah dengan beberapa orang pelajar mengenai strategi yang mereka gunakan
sepanjang pembelajaran pada semester ini dan juga melihat bagaimana
keberkesanan kaedah ini
sebelum dan selepas mengamalkannya. Selain menemu ramah,
kami juga telah meninjau
pelajar ketika mereka sedang mengulang kaji pelajaran dalam
kumpulan.