KERJARUMAH MINGGU KE EMPAT
Q1:
Bincangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia
dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan
asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia
(1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua
negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan
Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid,
Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid.
Perlembagaan juga dikenali sebagai
suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama
yang menentukan system kerajaan , pembahagian
kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi Negara ,
hak-hak rakyat dan pelbagai perkara yang
lain. Selain itu, Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara
keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara
institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan
.Perlembagaan juga akan menetapkan had- had kewibawaan kerajaan dan cara-cara
pemilihan serta pelantikan pemeritah.
Perlembagaan merupakan suatu dokumen
undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga
dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan
tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada
undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal
ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa
membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut
apabila bertentangan dengan perlembagaan.
Konsep
keluhuran perlembagaan ialah :
- Kuasa
Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan
Agong,parlimen,jemaah menteri dan makhaamah.
- Semua
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidah
sah dan terbatal sama sekali.
- Undang-Undang
negeri juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
- Mahkamah
juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan
diluar bidang kuasa Parlimen.
- Mahkamah
juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.
Q2:
Bagaimana untuk mengubah perlembagaan?
Tidak dinafikan bahawa ada pandangan
yang merupakan kritikan terhadap pindaan Perlembagaan. Golongan itu berpendapat
bahawa Perlembagaan adalah satu dokumen serius yang amat penting. Justeru, kata
mereka ia tidak perlu diubah atau ditokok tambah kerana semuanya tentulah telah
difikirkan masak-masak sewaktu penggubalan dibuat. Bagaimanapun, pada
hakikatnya tidak ada negeri yang statik tanpa perubahan; tidak ada negeri yang
tidak kena pengaruh perubahan dunia luar, tambahan lagi di zaman globalisasi
ini. Perlembagaan Malaysia memang mempunyai peruntukan pindaan supaya ubah suai
itu dibuat secara sah mengikut peruntukan berkenaan. Oleh itu, Perlembagaan
Malaysia tidak beku dan kejal. Ia adalah “hidup” dan dapat berfungsi pada masa
akan datang. Sama seperti Perlembagaan bertulis Negara lain, Perlembagaan
Malaysia boleh dipinda melalui proses parlimen.