Assalamualaikum,
Bagi
refleksi untuk minggu ke 10 adalah berkenaan Dari Segregasi Ke Integrasi.
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara seperti tempat tinggal,
jenis pekerjaan dan sistem persekolahan. Integrasi pula adalah satu proses
penyatuaan atau penyesuaian pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar
belakang yang berbeza. Maka dari kenyataan ini, dapat disimpulkan bahawa negara
Malaysia telah membuat satu perubahan positif untuk menyatupadukan rakyat dan
kaum etnik yang berbilang agar menjadi satu negara bangsa yang aman damai.
Kerajaan telah memainkan peranan penting dalam membentuk integrasi di dalam
negara. Antaranya adalah pengenalan kepada Rukun Negara, menubuhkan Jabatan
Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN), merangka dan membentuk
pelbagai dasar kerajaan, memperkenalkan Wawasan 2020 dan memperkenalkan konsep
1 Malaysia. Masyarakat juga tidak lari dari melaksanaka tanggungjawab untuk
bersepadu antara satu sama lain. Masyarakat telah memupuk semangat Rukun
Tetangga yang diperkenalkan pada tahun 1975. Matlamat utama adalah untuk
membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.
Selain itu, rumah terbuka telah dibuat bagi memberi kefahaman kepada rakyat
bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat
berbaik-baik sesama manusia. Yang terakhir adalah difusi dan penerimaan budaya,
Difusi bermaksud proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu
kepada seorang individu lain atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat
yang lain. Penerimaan budaya pula berperanan mewujudkan kerjasama etnik dengan
cara akulturasi budaya seperti etnik Cina memakai baju kurung atau Melayu pada
hari Jumaat di tempat kerja.
Selain
itu, topik yang telah saya pelajari adalah Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks
Hubungan Etnik di Malaysia. Terdapat dua perspektif pembangunan ekonomi iaitu
dari perspektif Islam dan juga barat. Islam menyuruh manusia supaya menekankan
pembangunan rohani, spiritual dan akhlak serta membina ketakwaan yang akan
membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Kesejahteraan dan kebajikan serta falah yang ingin dicapai dalam
kerangka pembangunan ekonomi Islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan
duniawi semata-mata, tetapi juga kesejahteraan, kebajikan dan falah di akhirat,
dan antara keduanya tidak ada garis pemisah. Namun menurut perspektif barat,
konsep pembangunan ekonomi hanya dilihat sebagai sebahagian daripada konsep
kebendaan. Apa-apa perancangan ekonomi oleh negara yang lari daripada fahaman
di atas dianggap menyimpang daripada fahaman komunis dan dianggap sebagai
borjuis. Sementara dalam sistem ekonomi kapitalis, pembangunan ekonomi hanya
melihat dari aspek pembangunan kebendaan dan fizikal. Pembangunan ekonomi di
Malaysia berbeza dari sebelum merdeka dan selepas merdeka. Dimana selepas
merdeka, wujudnya pelbagai jenis rancangan untuk membangunkan ekonomi negara
dan antaranya adalah Rancangan Malaya Pertama hingga Kesebelas. Dasar Ekonomi
Baru juga telah digubal bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan bagi
menyusun semula masyarakat bandar dan luar bandar. Dasar penswastaan telah
dilaksanakan bagi mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
Terdapat banyak lagi strategi kerajaan untuk memastikan ekonomi negara berada
pada satu tahap yang stabil dan mampu menjamin kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment