Assalamualaikum..
Refleksi pada minggu ke 13 ini adalah menerusi perkongsian dari ustazah mengenai keistimewaan bulan Ramadhan, yang merupakan bulan yang mulia disisi Allah. Banyak perkara yang baru telah dikongsikan oleh ustazah, antaranya adalah dengan menambah amalan harian di bulan Ramadhan dengan mengamalkan zikir zikir dan melaksanakan amalan sunat lain yang dapat memberi kebaikan kepada kita.
Seterusnya, pada minggu ini juga telah berlangsungnya perbentangan projek dari setiap kumpulan. Kumpulan saya telah memilih topik mengenai 'Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar'. Kami bersetuju untuk mengambil topik ini kerana isu ini sudah lazim terjadi di antara pelajar di sekolah mahupun di kampus. Setiap pelajar secara langsung pasti akan melalui pengalaman ini, jadi ia lebih mudah untuk difahami dan dikongsikan oleh pelajar lain. Menerusi projek ini, kami telah menjalankan temuramah bersama beberapa orang rakan kelas bagi mengetahui strategi yang mereka gunakan dalam pembelajaran sepanjang semester ini. Jadi menerusi projek ini saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai strategi yang digunakan oleh para rakan yang lain. Yang seterusnya dapat dijadikan sebagai contoh dan teladan bagi saya untuk sama sama mengikut cara mereka belajar yang lebih efektif dan mudah untuk meningkatkan prestasi dalam setiap subjek yang dipelajari.
Selain itu, menerusi projek ini juga ia telah memberi kesedaran kepada saya, tentang banyaknya masa yang telah dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak masa terluang namun, sering dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Dengan membuat jadual harian, sepatutnya kita mempunyai plan harian tentang apa yang patut kita lakukan, dengan itu kita tidak akan mudah membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, saya juga banyak mempelajari perkara baru hasil dari pembentangan dari kumpulan lain. Banyak ilmu dan iktibar lain yang dapat saya pelajari. Setiap kumpulan juga telah memberikan pembentangan yang sangat baik dan menarik. Tahniah untuk semua rakan-rakan yang telah banyak berusaha dalam menyelesaikan projek masing masing dengan cemerlang.

No comments:
Post a Comment