Sunday, 12 June 2016

Refleksi Kisah Seorang Pemuda Yang Dimaafkan Walaupun Sudah Membunuh - Nur Farah Hani

Assalamualaikum. Saya akan membuat refleksi tentang kisah yang dicerita ustazah pada kelas yang lepas iaitu tentang seorang pemuda yang telah membunuh namun diberi kemaafan dek kerana sikap dan nilai-nilai murni yang wujud dalam diri manusia.

  • Pemuda

Pemuda itu bersikap berterus-terang akan perbuatannya dan beliau sanggup untuk menerima hukuman kerana sedar perbuatannya adalah  salah dan berdosa. Beliau juga jujur dengan percakapannya dan tunaikan apa yang diperkatakan.

  • Abu Zar

Abu Zar rela untuk menggantikan tempat pemuda itu dan menerima hukuman. Beliau menjelaskan tentang mengapa beliau sanggup melakukan perkara yang bukan salah beliau, ini kerana didikan Rasulullah. Baginda amat menyayangi umatnya.

  • Adik-beradik (anak-anak yang ayahnya dibunuh oleh pemuda)

Mereka akur dengan segala qada’ dan qadar tentang apa yang terjadi terhadap ayahnya. Mereka akhirnya terima dengan ikhlas kematian ayah mereka yang mati dibunuh oleh pemuda. Dua beradik ini memiliki sifat simpati dan mengasihani antara manusia.

  •  Saidina Umar

Saidina Umar yang bersikap adil dan saksama dalam melaksanakan hukuman seseorang. Beliau perlu bersikap adil dan tegas dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin kelak mereka akan dipersoalkan di akhirat nanti tentang apakah yang dilakukan beliau sepanjang hayat ketika menjadi seorang ketua.

Secara kesimpulan, kita sebagai rakyat seharusnya bersikap positif dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak boleh bertindak terburu-buru tanpa usul periksa kelak ia akan memberi padah pada diri kita juga. Selain itu, kita seharusnya memilih pemimpin yang adil dan berwibawa dimana dia tahu akan tanggungjawab yang dipikul agar tiada berat sebelah dan ketidakadilan di antara manusia. Terutama sekali jika ingin menjatuhkan hukuman terhadap seseorang, pentingnya untuk kita menyoal siasat secara tegas dan sabar. Hal ini kerana, seorang ketua wajar mengekalkan suasana dan emosi yang tenang agar persetujuan dapat dicapai dan dilakukan dengan baik. 

No comments:

Post a Comment