Thursday, 2 June 2016

Refleksi Minggu ke 9 (13 Mei 2016) - Nur Farah Husna

Assalamualaikum,

               
Refleksi yang dapat saya simpulkan pada minggu ini adalah berkaitan dengan pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan- kepentingan lain.Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza.

Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah Negara. Interasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah Negara. Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka. Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing. Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA. Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama, Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO. – Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun 1951. – Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.

Salah satu usaha kerajaan adalah dengan mewujudkan Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menyatukan sistem pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan perpaduan kebangsaan. Menyatukan kanak-kanak sekolah dari pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang tidak membebankan kewangan Negara, memperkembang dan mengubahsuai rancangan- rancangan pelajaran dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi memenuhi

Kerajaan Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan politik dan menangani dengan baik masalah politik antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia. Parti Perikatan telah dapat mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan tiga buah parti politik terbesar di Malaysia. Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi pembangunan negara dan menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan di meja rundingan.Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan negara ini berhadapan dengan cabaran semasa.








No comments:

Post a Comment