Berdasarkan
tajuk ini, apa yang saya perolehi ialah memahami maksud dan konsep
survival melayu & bumiputera iaitu
mengekalkan kesinambungan orang melayu
dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud . Ia perlu terus terjamin mengikut
peruntukan Perlembagaan Malaysia dan ianya tidak boleh di pertikaikan oleh
orang - orang bukan melayu. Mengetahui hak – hak istimewa orang melayu meliputi
jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa, kuota pendidikan,lesen perniagaan,30%
ekonomi melayu & bumiputera, kemudahan khas dan juga tanah rezab untuk
melayu dan bumiputera.
Seterusnya
memahami antara peranan yang dimainkan oleh kerajaan ialah meliputi konsep
ekonomi, politik, perlembagan, pendidikan dan sosial. Melalui sudut Politik,
melayu mula berpolitik apabila Inggeris mula memperkenalkan Malayan Union 1
April 1946. Pelbagai persatuan ditubuhkan sebelum ini, dan mereka telah
bergabung membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Akhirnya,
apabila melayu bersatu, maka Malayan Union dibubarkan pada Februari 1948. Hak
orang melayu dikembalikan semula dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala
dari sudut Perlembagaan, telah berlaku beberapa rundingan antara pemimpin UMNO
dan pihak Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. Akhirnya dipersetujui untuk diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Para
memimpin telah memasukkan hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan
.Antara perkara berkaitan survival melayu dan bumiputera ialah agama islam, hak
keistimewaan orang melayu dan bumiputera seterusnya bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga bebas digunakan dan dipertuturkan
dalam semua aspek kehidupan.
Dalam pada itu,
dari sudut Pendidikan. Tertubuhnya RIDA( Rural Industrial Development
Authority),terdapat 2 pusat latihan utama yang ditubuhkan iaitu Dewan Latihan
RIDA dan Taman Asuhan RIDA. Selain itu, Maktab MARA Dan Institut Teknologi
Mara. Pengetua Maktab MARA adalah Tan Sri Arshad Ayob dilantik pada 1 Disember
1965.Kemudian dinaik taraf kepada Institut Teknologi Mara (ITM) dan selepas itu, dinaikan lagi Kepada
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 26 ogos 1999. Lantaran itu, membolehkan UiTM menawarkan pelbagai
kursus dan program seperti Ijazah Sarjana Muda, Master dan doktor falsafah
kepada orang melayu dalam masa yang sama mengekalkan kursus peringkat asasi dan
diploma.Dari sudut Ekonomi pula adalah, mengeluarkan orang melayu dari kelompok
kemiskinan kepada kehidupan yang lebih baik. Tiga asas kepada pembentukan
kebudayaan kebangsaan iaitu berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, adalah dengan menggunakan unsur
yang boleh diterima dan islam seharusnya
menjadi panduan penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
No comments:
Post a Comment