Soalan 1 : 10 ciri-ciri Negara maju.
Negara Maju merupakan istilah yang
menerangkan sesebuah negara yang telah mencapai kestabilan ekonomi, dan
mendahulukan unsur-unsur Industri sebagai tiang perekonomian mereka.
Ciri -ciri negara maju adalah :
1. Pendapatan
perkapita tinggi
2. Angka
pengangguran rendah
3. Industri
menjadi sektor ekonomi utama
4. Sistem
pendidikan bertaraf internasional
5. Tidak
bergantung kepada alam semata-mata
6. Pengurangan
kadar gejala sosial di kalangan masyarakat
7. Kemajuan
ilmu pengetahuan dan teknologi semakin cepat dan pesat
8. Bertanggungjawab
serta profesional dalam melakukan sesuatu perkara
9. Pertanian
Pertanian termasuk peternakan dan perikanan untuk industrialisasi, dijual dan
dieksport.
10. Kos
sara hidup yang lebih rendah dan bersesuaian dengan pendapatan bagi semua
peringkat masyarakat
Soalan 2: Jenis
pembangunan seperti manakah yang dinilai terhadap ekonomi samada dari segi
sudut pandangan islam atau barat?
Pada pandangan
saya, pembangunan ekonomi seharusnya perlu berlandaskan ajaran dan pandangan
islam. Setiap usaha untuk menghasilkan sesuatu, yang seterusnya akan memberikan
hasil kepada kita, seharusnya mendapat keredhaan Allah SWT. Jadi, dalam usaha
untuk mencapai Negara yang maju, besama taraf ekonomi yang stabil dan semakin
meningkat pada masa hadapan, seharusnya kita mengamalkan setiap ajaran dan
pandangan islam dalam setiap bidang yang kita ceburi. Malah, sekiranya menurut ajaran barat, yang
hanya mementing kan materialistik, wang dan untung, ia akan mudah membawa kita kearah
riak, lupa diri dan bersifat tidak bersyukur. Sebaiknya, dengan berlandaskana
jaran islam, kita akan sentiasa menggunakan jalan yang betul untuk mendapatkan
ekonomi yang stabil, diredhai dan seterusnya akan berterusan untuk masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment