Assalamualaikum....
Refleksi yang dapat saya simpulkan berdasarkan topik pembelajarn pada minggu ke- 4 ini ini ialah berkaitan dengan Pluraliti dan masyarakat Pluralistik di Malaysia. Selain itu, saya dan ahli kumpulan saya telah diberi tugas untuk membentangkan topik Sejarah Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu. Jadi, sedikit sebanyak kami telah didedahkan dengan pelbagai kisah pembentukan tanah melayu yang bermula sejak zaman awal.
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah menceritakan pluraliti sebelum kerajaan melayu Melaka dan ia bermula secara semulajadi tanpa paksaan. Mempunyai tiga matlamat iaitu Gospel, Gold and Glory.Tujuan datang ke sini untuk mencari kesenangan hidup atau kekayaan dari tempat selain tempat asal mereka.Sebagai kesannya, wujud unsur asimilasi. Sebagai contoh, mereka berkahwin dengan penduduk tempatan serta mengamalkan budaya seperti wujudnya kumpulan Baba & Nyonya. Kedatangan Islam melaui pedagang arab banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan seperti nama,ilmu pengetahuan, contoh ilmu falsafah, teologi( ketuhanan), tasawuf dan lain lagi. Kesan daripada itu, Pluraliti mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya seharian orang melayu.Amal dan adat resam pendatang juga diterima oleh mereka. Berbeza pula dengan Pluralistik, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem.Mereka telah mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri.Mereka terasing dengan kelompok lain walaupun di tempat yang sama lastas gagal mengenali antara satu sama lain. Seterusnya hingga terbentuk masyarakat pluralistik pra merdeka dan pasca merdeka.
No comments:
Post a Comment