Thursday, 31 March 2016

Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Natasha

Assalamualaikum...

Berdasarkan topik yang telah saya pelajari pada minggu ke-3 ialah berkaitan dengan ayat Al-Quran, Al-Hujurat iaitu Surah 49 di dalam kitab suci Allah, yakni Al-Quran Nur Karim. 

          Di dalam ayat itu telah menceritakan tentang akidah kepercayaan, hukum-hukum dan adat peraturan berdasarkan akhlak yang terpuji serta larangan-larangan mengenai perkara-perkara terkeji yang sewajibnya dijauhi. Pada awal surah ini Allah SWT telah mengingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan memandai-mandai melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum atau kebenaran Allah dan RasulNYA. Juga diperintahkan janganlah mereka mengangkat suara semasa bercakap dengan Nabi melebihi suara baginda. Mereka juga disuruh menyelidik kebenaran berita yang dibawa oleh orang-orang yang fasik, supaya mereka terhindar dari melakukan sesuatu yang membahayakan orang lain.

          Akhirnya, surah ini diakhiri dengan menerangkan dasar persamaan yang sejati: Bahawa Allah telah menciptakan umat manusia dari lelaki dan perempuan dan menjadikan mereka berbangsa-bangsa dan bersuku puak. Supaya mereka berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain kerana sesungguhnya orang yang mulia disisi Allah SWT ialah orang yang lebih taqwanya.

Selain itu usatazah Mahfuzah juga telah menerangkan beberapa maksud yang berkaitan dengan sifat manusia:

  • FASIQ- Manusia yang berterusan melakukan dosa.
  • KAFIR/KUFUR- Enggan menafikan apa yang diperkatakan oleh Agama Islam.
  • MUNAFIQ- Manusia yang bercakap bohong, janji yang dimungkiri, orang yang diberi amanah tetapi telah pecah amanah dan juga ketika bergaduh dia tidak dapat mengawal perbuatannya dan melebihi batas.
  • MUSYRIK- Orang yang mengsyirikkan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment