Wednesday, 13 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (6 April 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Untuk refleksi minggu lepas, saya telah pelajari sedikit tentang pengenalan untuk Bab 3 iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik. Ilmu yang telah saya perolehi adalah tentang perbezaan di antara perlembagaan dan undang-undang. Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-undang yang tertinggi di sesebuah negara dan kerana itu ianya berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Selain itu, di sini saya dapat tahu bahawasanya terdapat banyak jenis hak dan kuasa yang terdapat di dalam negara kita. Contohnya seperti hak rakyat, hak untuk mengundi, hak untuk bersuara. Sebenarnya hak-hak ini wajar kita ketahui kerana ia dapat mempertahankan diri kita dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga hak-hak apa yang sepatutnya kita dapat.

No comments:

Post a Comment