Saturday, 2 April 2016

Refleksi Minggu ke 4 (30 Mac 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Pada minggu keempat adalah tentang Sejarah Pluraliti Masyarakat Di Alam Melayu. Tajuk ini telah dibentang oleh saya dan ahli kumpulan saya. Secara konklusinya, apa yang saya telah pelajari adalah mengenai pluraliti zaman kerajaan Melayu Melaka, pluralistik ketika zaman penjajahan oleh pihak British dan juga masyarakat pluralistik sebelum dan selepas kemerdekaan. Untuk diceritakan, Melaka dikatakan kemuncak berlakunya pluraliti masyarakat di alam Melayu. Hal ini disebabkan oleh kewujudan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas iaitu pelabuhan, pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan agama Islam. Ketika zaman penjajahan pula, penjajah telah melalui fahaman yang memisahkan antara agama dan negara ekoran daripada sejarah pertentangan antara golongan agamawan dengan golongan intelek. Selain itu, terdapat banyak lagi unsur-unsur dan faktor-faktor yang telah diketahui bagi mengembangkan agama Islam ketika zaman kerajaan Melaka. Antaranya adalah sultan dan sistem perundangan yang hebat dan cekap. 

Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Bagi refleksi untuk minggu ketiga, apa yang telah saya pelajari adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup saya dimana saya telah didedahkan dengan surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Hujurat Ayat 6-13. Surah ini adalah berkisarkan tentang peradaban di antara puak. Sebagai contoh ayat 11 dibawah :

A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Saya juga telah belajar tentang empat kumpulan manusia yang wajar kita jauhi iaitu fasik, kafir, munafik dan musyrik. Fasik ialah manuia yang berterusan melakukan dosa. Kafir pula adalah mereka yang enggan menafikan apa yang diperkatakan oleh agama Islam. Munafik pula ialah manusia yang bercakap bohong, memungkiri janji, memecah amanah yang diberi dan juga ketika bergaduh dia tidak dapat mengawal perbuatannya dan melebihi batas. Akhir sekali adalah musyrik dan mereka ini adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT.

Selain itu, saya belajar bahawasanya Allah SWT yang mempercintakan kita kepada iman. Dia telah memperhiaskan hati kita dengan iman (tenang, akhlak). Iman itu sebenarnya adalah cara kita kawal diri untuk mencintai syariat Islam. Sesungguhnya iman itu mampu membawa kita jauh dari maksiat. 

Refleksi Minggu ke 4 (30 Mac 2016) - Noor Adibah

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah pembentangan dari kumpulan saya. Pada minggu ini saya mendapati ilmu yang baharu tentang bab yang ke dua ini.

Saya tertarik dengan tajuk kecil iaitu Faktor Melaka Menjadi Pusat Pluraliti, apa yang menarik minat saya adalah tentang kewibawaan sultan Melaka itu sendiri.

Di dalam ustazah mencerita bahawa sultan Melaka memeluk islam disebabkan Sultan Melaka mimpikan Rasulullah mengajarkan Sultan Melaka sendiri mengucap dua kalimah syahadah. Dan di dalam mimpi itu juga Rasulullah memberitahu bahawa akan datang seorang ulama mengajarkan dua kali syahadah kepada sultan.

Dan pada hari yang di sebutkan itu datanglah seorang ulama yang mengajarkan dua kali syahadah kepada sultan. Ekoran daripada peristiwa itu, rakyat juga mengikuti langkah Sultan untuk memeluk islam tanpa paksaan.


Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Noor Adibah

Assalamualaikum,

Pada Minggu ke-3, saya telah pelajari banyak nilai yang baru. Pada minggu tersebut, saya telah mempelajari dan mendalami surah Al -Hujurat dalam kitab suci Allah. Saya tertarik dengan ayat yang ke-11 didalam surah Al-Hujurat: 

                                     

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Di dalam ayat ini, saya telah mempelajari bahawasanya Allah SWT telah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman supaya jangan mengkeji atau mengolok-olokkan orang lain, ini kerana mungkin sahaja orang-orang yang kita kejikan itu lebih jauh mulia dan terhormat di sisi Allah SWT. Ayat ini juga menerangkan dan mengingatkan wanita jangan mengkejikan wanita yang lain disebabkan sifat cemburu kepada wanita yang lain. Dalam ayat ini juga menerangkan kita tidak boleh mengelarkan-gelarkan seseorang itu dengan panggilan yang buruk. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan dari ayat ini adalah kita hendaklah menjaga hubungan kita sesama manusia.