Saturday, 11 June 2016

Refleksi pada minggu ke 13 (8 mei 2016) – Noor Adibah

Assalamualaikum,

            Pada minggu ini adalah minggu untuk membentangkan projek dari setiap kumpulan. Pada projek kali ini, kumpulan saya memilih tajuk keberkesanan kaedah pembelajaran di kalangan pelajar.
            Kami telah memilih tajuk ini adalah kerana ramai pelajar yang gagal untuk mengetahui dan menguasai cara-cara belajar yang betul. Menerusi projek ini kami telah membuat beberapa cara-cara yang efisien untuk para pelajar menguasai kaedah ini dan dapat keputusan yang cemerlang.
            Untuk projek ini kami telah menemu ramah beberapa orang belajar dikalangan HM2405C untuk mengetahui kaedah mengulang kaji mereka sepanjang semester ini.
            Kesimpulannya, kaedah yang paling efisien untuk mengulang kaji pelajar adalah menerusi belajar dalam kumpulan. Diantara kebaikan belajar dalam kumpulan adalah membuatkan process pembelajaran lebih cepat.

            Pada pengalaman saya sendiri, sebelum ini saya akan beri alas an untuk belajar secara berkumpulan, tetapi pada semester lepas saya telah mencubanya dan hasilnya sangat positif. 

No comments:

Post a Comment