Tuesday, 19 April 2016

KERJARUMAH MINGGU KE EMPAT

Q1: Bincangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Perlembagaan  Malaysia  dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan  untuk  seluruh Semenanjung   Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh  suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid.

Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu  kumpulan  peraturan atau set  undang-undang utama  yang  menentukan  system  kerajaan , pembahagian  kuasa, peranan dan fungsi  organisasi tertinggi  Negara , hak-hak  rakyat  dan  pelbagai  perkara  yang  lain. Selain itu, Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan .Perlembagaan juga akan menetapkan had- had  kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemeritah.

Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa  membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan.

Konsep keluhuran perlembagaan ialah :

  1. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan Agong,parlimen,jemaah menteri dan makhaamah.
  2. Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidah sah dan terbatal sama sekali.
  3. Undang-Undang negeri juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
  4. Mahkamah juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen.
  5. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.

Q2: Bagaimana untuk mengubah perlembagaan?

Tidak dinafikan bahawa ada pandangan yang merupakan kritikan terhadap pindaan Perlembagaan. Golongan itu berpendapat bahawa Perlembagaan adalah satu dokumen serius yang amat penting. Justeru, kata mereka ia tidak perlu diubah atau ditokok tambah kerana semuanya tentulah telah difikirkan masak-masak sewaktu penggubalan dibuat. Bagaimanapun, pada hakikatnya tidak ada negeri yang statik tanpa perubahan; tidak ada negeri yang tidak kena pengaruh perubahan dunia luar, tambahan lagi di zaman globalisasi ini. Perlembagaan Malaysia memang mempunyai peruntukan pindaan supaya ubah suai itu dibuat secara sah mengikut peruntukan berkenaan. Oleh itu, Perlembagaan Malaysia tidak beku dan kejal. Ia adalah “hidup” dan dapat berfungsi pada masa akan datang. Sama seperti Perlembagaan bertulis Negara lain, Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui proses parlimen.




No comments:

Post a Comment