Friday, 6 May 2016

Refleksi Minggu ke 8 (4 Mei 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Bagi minggu kelapan ini, ilmu yang telah saya pelajari adalah tentang Piagam Madinah. Piagam Madinah adalah perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan perlembagaan ini telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama HijrahKandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal iaitu:
  • 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
  • 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. 
Saya dapat tahu bahawa ketika zaman itu, tiada pemimpin yang satu yang mampu untuk dijadikan ketua dan tempat rujukan. Ketika itu, setiap puak mempunyai pemimpin sendiri dan wujudnya perlembagaan ini utk menyatukan kesemua puak dan masyarakat. Ianya telah membentuk persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin dan wujudnya perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Seperti yang Ustazah Mahfuzah sampaikan, Yahudi telah bersetuju untuk patuh pada Piagam Madinah ini adalah kerana terdapat banyak keuntungan seperti mendapak hak.
Perbezaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Persekutuan adalah Piagam Madinah diwujudkan dan dibuat berdasarkan wahyu manakan Perlembagaan Persekutuan dibentuk daripada Perjanjian Lord Reid dan diubahsuai oleh Common Law British. 

No comments:

Post a Comment