Assalamualaikum. Refleksi untuk minggu
lepas, kami akan membincangkan tentang topik yang telah kami pelajari iaitu
tentang prejudis, stereotaip, diskriminasi dan perang. Disini kami sertakan
maksud yang lebih mendalam dan perjelaskan lagi konsep-konsepnya.
Prejudis
Prejudis
bermaksud pandangan negatif seseorang atau sekelompok kumpulan terhadap orang
lain yang mungkin berbeza dari segi jantina, kaum atau negeri. prejudis ini
tidak disuarakan atau diluahkan. Prejudis ini bermula daripada perasaan tidak
puas hati atau pemikiran negatif terhadap seseorang. Jika ketidakpuas hati ini
disuarakan melalui perkataan ataupun perbuatan ia akan menjadi stereotaip.
Stereotaip
Ia adalah suatu
tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap
sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam
realiti. Kita juga boleh memahami 'stereotaip' sebagai penilaian negatif/atau
positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang.
Diskriminasi
Diskriminasi adalah ditunjukkan secara
fizikal oleh sesetengah individu. Perbuatan fizikal ini dipengaruhi oleh
pemikiran, pandangan, dan kepercayaan yang negatif terhadap individu yang lain.
Diskriminasi ini juga boleh dilihat apabila sesetengah individu cuba menjauhkan
diri terhadap seseorang apabila mempunyai pemikiran atau pandangan yang
negatif.
Yang terakhir sekali,
kalau dah terlalu teruk ia akan menyebabkan perang.
Pengajaran yang dapat kami simpulkan untuk minggu pertama:
Kita sebagai manusia yang berpegang teguh pada agama perlulah menjauhkan diri dari bersangka buruk dan negatif terhadap orang lain. Ia boleh mengakibatkan permasalahan di antara satu individu dengan individu yang lain dan pergaduhan jugak tidak elok dikalangan masyarakat.
Kita sebagai manusia yang berpegang teguh pada agama perlulah menjauhkan diri dari bersangka buruk dan negatif terhadap orang lain. Ia boleh mengakibatkan permasalahan di antara satu individu dengan individu yang lain dan pergaduhan jugak tidak elok dikalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment