Assalamualaikum. Saya akan membuat refleksi tentang kisah
yang dicerita ustazah pada kelas yang lepas iaitu tentang seorang pemuda yang
telah membunuh namun diberi kemaafan dek kerana sikap dan nilai-nilai murni
yang wujud dalam diri manusia.
- Pemuda
Pemuda itu bersikap berterus-terang akan
perbuatannya dan beliau sanggup untuk menerima hukuman kerana sedar
perbuatannya adalah salah dan berdosa. Beliau
juga jujur dengan percakapannya dan tunaikan apa yang diperkatakan.
- Abu Zar
Abu Zar rela untuk menggantikan tempat
pemuda itu dan menerima hukuman. Beliau menjelaskan tentang mengapa beliau
sanggup melakukan perkara yang bukan salah beliau, ini kerana didikan Rasulullah.
Baginda amat menyayangi umatnya.
- Adik-beradik (anak-anak yang ayahnya dibunuh oleh pemuda)
Mereka akur dengan segala qada’ dan qadar tentang
apa yang terjadi terhadap ayahnya. Mereka akhirnya terima dengan ikhlas kematian
ayah mereka yang mati dibunuh oleh pemuda. Dua beradik ini memiliki sifat
simpati dan mengasihani antara manusia.
- Saidina Umar
Saidina Umar yang bersikap adil dan saksama dalam
melaksanakan hukuman seseorang. Beliau perlu bersikap adil dan tegas dalam
menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin kelak mereka akan dipersoalkan di
akhirat nanti tentang apakah yang dilakukan beliau sepanjang hayat ketika
menjadi seorang ketua.
Secara kesimpulan, kita sebagai rakyat seharusnya bersikap
positif dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak boleh bertindak
terburu-buru tanpa usul periksa kelak ia akan memberi padah pada diri kita
juga. Selain itu, kita seharusnya memilih pemimpin yang adil dan berwibawa
dimana dia tahu akan tanggungjawab yang dipikul agar tiada berat sebelah dan
ketidakadilan di antara manusia. Terutama sekali jika ingin menjatuhkan hukuman
terhadap seseorang, pentingnya untuk kita menyoal siasat secara tegas dan sabar.
Hal ini kerana, seorang ketua wajar mengekalkan suasana dan emosi yang tenang
agar persetujuan dapat dicapai dan dilakukan dengan baik.
No comments:
Post a Comment