Assalamualaikum,
Pada Minggu ke-3, saya telah pelajari banyak nilai yang baru. Pada minggu tersebut, saya telah mempelajari dan mendalami surah Al -Hujurat dalam kitab suci Allah. Saya tertarik dengan ayat yang ke-11 didalam surah Al-Hujurat:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Di dalam ayat ini, saya telah mempelajari bahawasanya Allah SWT telah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman supaya jangan mengkeji atau mengolok-olokkan orang lain, ini kerana mungkin sahaja orang-orang yang kita kejikan itu lebih jauh mulia dan terhormat di sisi Allah SWT. Ayat ini juga menerangkan dan mengingatkan wanita jangan mengkejikan wanita yang lain disebabkan sifat cemburu kepada wanita yang lain. Dalam ayat ini juga menerangkan kita tidak boleh mengelarkan-gelarkan seseorang itu dengan panggilan yang buruk. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan dari ayat ini adalah kita hendaklah menjaga hubungan kita sesama manusia.

No comments:
Post a Comment