Assalamualaikum, Kali ni saya akan bincangkan tentang apa yang telah saya pelajari untuk pembelajaran minggu kedua. Topik yang saya pelajari adalah tahap hubungan etnik yang positif dan juga hubungan antara dua alam iaitu alam roh dan jasad.
Secara terperincinya, tahap hubungan etnik terbahagi kepada lima. Yang pertama adalah Segregasi. Segregasi adalah hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Punca terjadinya segregasi adalah atas dasar agama, ras, kebudayaan dan ciri etnik yang lain. Sebagai contoh, orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengalami keadaan diasingkan dan dipisahkan daripada kaum kulit putih dalam segala aspek kehidupan. Yang kedua adalah Akomodasi. Ianya bermaksud satu proses dimana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Mereka perlu kenal dan menghormati agama dan budaya masing-masing. Contohnya, orang Melayu menerima orang Cina pergi ke gereja pada setiap hari Ahad. Seterusnya adalah Akulturasi. Akulturasi mempunyai maksud satu proses penerimaan unsur kebudayaan dikalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Proses ini tidak melibatkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Sebagai contoh, Masyarakat Cina terima masyarakat Melayu makan menggunakan tangan, pakai baju kurung dan juga sebaliknya. Kemudian, wujudnya Asimilasi. Asimilasi merupakan proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Contoh bagi asimilasi pula ialah masyarakat Baby Nyonya iaitu orang Cina menerima budaya dan kepercayaan orang Melayu seperti terima Bahasa Melayu, kuih-muih juga seperti orang Melayu, Mereka menerima tetapi mereka tidak masuk Islam. Tiada paksaan untuk memeluk agama Islam. Yang terakhir bagi tahap hubungan etnik yang positif adalah Amalgamasi. Amalgamasi dinyatakan proses dimana budaya atau ras bercantum untuk membentuk budaya atau etnik yang baru seperti melalui perkahwinan. Ia dijangka bahasa kesemua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan agama.
Topik yang kedua yang telah saya pelajari adalah mengenai hubungan antara dua alam. Terdapat dua unsur yang terkandung di dalam diri manusia iaitu roh dan jasad. Secara khususnya, roh itu datangnya dari cahaya Nabi Muhammad S.A.W dan jasad pula asalnya dari unsur Nabi Adam a,s. Selain itu, manusia itu rapuh kerana mereka tidak kenal siapa diri mereka sebenarnya dan mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Seharusnya manusia perlu mendidik diri agak kenal siapa Tuhan mereka untuk mengenali diri sendiri. Selepas itu, barulah manusia tahu untuk bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dalam hidup mereka. Alam roh adalah suatu alam yang tidak diberitahukan letaknya dan suasananya oleh Allah SAWT, sesuai firmanNya : “ Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh katakanlah : ‘Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit” (Al Israal XVII : 85) Pengetahuan manusia tentang roh sangat terbatas. Namun cukup bagi pegangan kita, bahwa roh tidak mati, hidup abadi sampai akhir nanti. Selain itu, saya juga belajar tentang surah Al-'Araf ayat 172-173 dimana ianya tentang perjanjian antara Allah S.W.T dengan manusia dan juga perjanjian syaitan dengan Allah S.W.T.
![]() |
| Surah Al-'Araf ayat 172-173 |

No comments:
Post a Comment