Refleksi yang dapat saya simpulkan pada
minggu ini adalah berkaitan dengan pembangunan politik dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia. Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut
berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan- kepentingan
lain.Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil
supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. Kesan dari
zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza.
Integrasi
politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum
etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat
kebangsaan kepada sesebuah Negara. Interasi politik akan menyebabkan berlakunya
perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah Negara. Satu kaedah untuk
mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di
mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka. Parti-parti politik yang
penting di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang
mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing. Kerjasama yang pertama
antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952,
apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA. Kemenangan pilihanraya
ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama, Kumpulan
yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO. – Dato Onn Jaafar sejak
diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun 1951. – Tunku Abdul Rahman dari tahun
1951 hingga tahun 1970.
Salah satu usaha
kerajaan adalah dengan mewujudkan Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menyatukan
sistem pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan perpaduan kebangsaan. Menyatukan
kanak-kanak sekolah dari pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang tidak
membebankan kewangan Negara, memperkembang dan mengubahsuai rancangan-
rancangan pelajaran dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang
berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi memenuhi
Kerajaan
Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan politik dan menangani dengan baik
masalah politik antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia. Parti Perikatan
telah dapat mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan tiga buah parti
politik terbesar di Malaysia. Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini
telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi pembangunan negara dan
menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam ekonomi, politik, pendidikan,
sosial dan kebudayaan di meja rundingan.Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh
kerajaan Malaysia dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan negara ini
berhadapan dengan cabaran semasa.
No comments:
Post a Comment