Sunday, 12 June 2016

KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR (Projek CTU 555)

Assalamualaikum. 

Untuk projek CTU 555, kami telah memilih tajuk 'Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar'. Kami bersetuju untuk mengambil topik ini kerana isu ini sudah banyak terjadi di antara pelajar di sekolah mahupun di kampus. Jadi, ia lebih senang untuk dijelaskan. 



Refleksi pada minggu ke 13 (8/6/2016) - NUR FARAH HUSNA



Assalamualaikum..

          Refleksi pada minggu ke 13 ini  adalah menerusi perkongsian dari ustazah mengenai keistimewaan bulan Ramadhan, yang merupakan bulan yang mulia disisi Allah. Banyak perkara yang baru telah dikongsikan oleh ustazah, antaranya adalah dengan menambah amalan harian di bulan Ramadhan dengan mengamalkan zikir zikir dan melaksanakan amalan sunat lain yang dapat memberi kebaikan kepada kita.  

         Seterusnya, pada minggu ini juga telah berlangsungnya perbentangan projek dari setiap kumpulan. Kumpulan saya telah memilih topik mengenai   'Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar'. Kami bersetuju untuk mengambil topik ini kerana isu ini sudah lazim terjadi di antara pelajar di sekolah mahupun di kampus. Setiap pelajar secara langsung pasti akan melalui pengalaman ini, jadi ia lebih mudah untuk difahami dan dikongsikan oleh pelajar lain. Menerusi projek ini, kami telah menjalankan temuramah bersama beberapa orang rakan kelas bagi mengetahui strategi yang mereka gunakan dalam pembelajaran sepanjang semester ini. Jadi menerusi projek ini saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai strategi yang digunakan oleh para rakan yang lain. Yang seterusnya dapat dijadikan sebagai contoh dan teladan bagi saya untuk sama sama mengikut cara mereka belajar yang lebih efektif dan mudah untuk meningkatkan prestasi dalam setiap subjek yang dipelajari. 

       Selain itu, menerusi projek ini juga ia telah memberi kesedaran kepada saya, tentang banyaknya masa yang telah dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak masa terluang namun, sering dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah. Dengan membuat jadual harian, sepatutnya kita mempunyai plan harian tentang apa yang patut kita lakukan, dengan itu kita tidak akan mudah membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, saya juga banyak mempelajari perkara baru hasil dari pembentangan dari kumpulan lain. Banyak ilmu dan iktibar lain yang dapat saya pelajari. Setiap kumpulan juga telah memberikan pembentangan yang sangat baik dan menarik. Tahniah untuk semua rakan-rakan yang telah banyak berusaha dalam menyelesaikan projek masing masing dengan cemerlang. 

REFLEKSI KISAH ABU ZHAR DAN SAIDINA UMAR AL- KHATAB - NUR FARAH HUSNA


Assalamualaikum,


                  Berdasarkan perbincangan pada minggu ini, ustazah telah menceritakan sebuah kisah antara Abu Zhar dan Saidina Umar Al-Khatab. Menerusi kisah tersebut, pengajaran yang boleh diambil  ialah, meletakkan Rasulullah s.a.w sebagai sumber rujukan kepimpinan yang utama dalam menjalankan undang –undang dan menjatuhkan hukum terhadap sesuatu. Walaupun pesalah itu telah membunuh, tetapi beliau telah insaf dan meletakkan nilai agama sebagai yang utama, iaitu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak yatim sebelum dia dijatuhkan hukuman pancung oleh Saidina Umar kerana membunuh.

      Dalam politik kita, pengajaran yang boleh di ambil ialah, pemimpin haruslah membela hak dan suara rakyat untuk menegakkan keadilan seperti apa  yang telah  dilakukan oleh Saidina Umar. Adalah menjadi satu dosa seandainya pemimpin ini tidak menyuarakan hak rakyat,membela nasib mereka dan hanya berdiam diri dan mengaut keuntungan hasil titik peluh rakyat. Sebagai pemimpin, mereka di beri amanah yang besar oleh Allah s.w.t dan balasan berat di akhirat sana nanti seandainya tanggungjawab ini tidak di laksanakan dengan sempurna, adil dan saksama. Bagi memastikan politik kita bersih dari unsur negatif, politik negara haruslah meletakkan pemimpin kita yang sebenar yakni Rasulullah s.a.w sebagai ikutan dan panduan dalam menerajui tunggak utama dalam politik negara. Justeru itu,ia  dapat melahirkan sebuah negara yang bersatu padu dan mengikut parti politik yang sebenar-benarnya di muka bumi ini. Berdasarkan kisah Saidina Umar al- khatab, beliau tidak melakukan tindakan terburu –buru. Beliau memberikan masa dan waktu untuk si pesalah dijatuhkan hukuman pancung iaitu satu hari selepas kejadian, tetapi dengan jaminan oleh Abu Zhar, sahabat Rasulullah s.a.w yang telah menghadiri majlis syura bersama baginda.Abu Zhar merasa begitu sedih apabila tiada sesiapa pun yang memperdulikan rayuan dan permintaan orang yang dalam kesusahan yang merayu – rayu meminta tolong. Baginda berkata, jika Rasulullah s.a.w melihat keadaan ini berlaku, pasti baginda akan merasa sedih kerana baginda tidak mengajar umatnya berlaku tidak belas kasihan sesama sendiri.

      Hasil daripada kisah ini, pesalah akhirnya tidak dijatuhkan hukuman  pancung berkat keikhlasan beliau dan betapa besarnya pengaruh dan teladan yang sering ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupanya sebagai seorang pemimpin, sehingga membuatkan semua manusia berasa ihsan dan berpegang pada ajar sebenar yang disampaikan oleh Baginda. Begitu jualah dengan politik di negara kita, berpeganglah dengan al- Quran dan as- sunnah sesungguhnya kita tidak akan sesat selamanya dan berada di landasan yang benar.

Refleksi Kisah Abu Zar al-Ghifari- (Pembunuh yang jujur)- Natasha


Assalamualaikum w.b.t.....


Berdasarkan kisah Abu Zar al Ghifari yang telah diceritakan oleh ustazah pada minggu sebelumnya, terdapat beberapa nilai murni dan juga pengajaran yang diperolehi dari kisah tersebut. 

Jadi refleksi yang dapat dibuat pada minggu ini adalah berkaitan  dengan Abu Zar al-Ghifari iaitu seorang sahabat Nabi Muhammad yang berfahaman keras. Beliau terkenal dengan ilmu pengetahuan. Pernah dilaporkan oleh Ali bin Abu Talib bahawa Abu Zar mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Abu Zar juga seorang yang bersifat takwa dan tabah. 

Banyak yang dapat saya pelajari daripada peristiwa bersejarah itu, dimana dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani telah mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Seterusnya Abu Zar yang berjiwa "sahabat" dan sanggup mati kerananya serta mempunya tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali, dua beradik yang berhati mulia dan memaafkan pembunuh ayah mereka. 

Oleh hal demikian, dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya. Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah takdirkan giliran untuk kita menetukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.


Refleksi Kisah Seorang Pemuda Yang Dimaafkan Walaupun Sudah Membunuh - Nur Farah Hani

Assalamualaikum. Saya akan membuat refleksi tentang kisah yang dicerita ustazah pada kelas yang lepas iaitu tentang seorang pemuda yang telah membunuh namun diberi kemaafan dek kerana sikap dan nilai-nilai murni yang wujud dalam diri manusia.

  • Pemuda

Pemuda itu bersikap berterus-terang akan perbuatannya dan beliau sanggup untuk menerima hukuman kerana sedar perbuatannya adalah  salah dan berdosa. Beliau juga jujur dengan percakapannya dan tunaikan apa yang diperkatakan.

  • Abu Zar

Abu Zar rela untuk menggantikan tempat pemuda itu dan menerima hukuman. Beliau menjelaskan tentang mengapa beliau sanggup melakukan perkara yang bukan salah beliau, ini kerana didikan Rasulullah. Baginda amat menyayangi umatnya.

  • Adik-beradik (anak-anak yang ayahnya dibunuh oleh pemuda)

Mereka akur dengan segala qada’ dan qadar tentang apa yang terjadi terhadap ayahnya. Mereka akhirnya terima dengan ikhlas kematian ayah mereka yang mati dibunuh oleh pemuda. Dua beradik ini memiliki sifat simpati dan mengasihani antara manusia.

  •  Saidina Umar

Saidina Umar yang bersikap adil dan saksama dalam melaksanakan hukuman seseorang. Beliau perlu bersikap adil dan tegas dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin kelak mereka akan dipersoalkan di akhirat nanti tentang apakah yang dilakukan beliau sepanjang hayat ketika menjadi seorang ketua.

Secara kesimpulan, kita sebagai rakyat seharusnya bersikap positif dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak boleh bertindak terburu-buru tanpa usul periksa kelak ia akan memberi padah pada diri kita juga. Selain itu, kita seharusnya memilih pemimpin yang adil dan berwibawa dimana dia tahu akan tanggungjawab yang dipikul agar tiada berat sebelah dan ketidakadilan di antara manusia. Terutama sekali jika ingin menjatuhkan hukuman terhadap seseorang, pentingnya untuk kita menyoal siasat secara tegas dan sabar. Hal ini kerana, seorang ketua wajar mengekalkan suasana dan emosi yang tenang agar persetujuan dapat dicapai dan dilakukan dengan baik.