Assalamualaikum w.b.t.....
Berdasarkan kisah Abu Zar al Ghifari yang telah diceritakan oleh ustazah pada minggu sebelumnya, terdapat beberapa nilai murni dan juga pengajaran yang diperolehi dari kisah tersebut.
Jadi refleksi yang dapat dibuat pada minggu ini adalah berkaitan dengan Abu Zar al-Ghifari iaitu seorang sahabat Nabi Muhammad yang berfahaman keras. Beliau terkenal dengan ilmu pengetahuan. Pernah dilaporkan oleh Ali bin Abu Talib bahawa Abu Zar mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Abu Zar juga seorang yang bersifat takwa dan tabah.
Banyak yang dapat saya pelajari daripada peristiwa bersejarah itu, dimana dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani telah mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Seterusnya Abu Zar yang berjiwa "sahabat" dan sanggup mati kerananya serta mempunya tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali, dua beradik yang berhati mulia dan memaafkan pembunuh ayah mereka.
Oleh hal demikian, dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya. Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah takdirkan giliran untuk kita menetukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.
No comments:
Post a Comment