Sunday, 12 June 2016

REFLEKSI KISAH ABU ZHAR DAN SAIDINA UMAR AL- KHATAB - NUR FARAH HUSNA


Assalamualaikum,


                  Berdasarkan perbincangan pada minggu ini, ustazah telah menceritakan sebuah kisah antara Abu Zhar dan Saidina Umar Al-Khatab. Menerusi kisah tersebut, pengajaran yang boleh diambil  ialah, meletakkan Rasulullah s.a.w sebagai sumber rujukan kepimpinan yang utama dalam menjalankan undang –undang dan menjatuhkan hukum terhadap sesuatu. Walaupun pesalah itu telah membunuh, tetapi beliau telah insaf dan meletakkan nilai agama sebagai yang utama, iaitu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak yatim sebelum dia dijatuhkan hukuman pancung oleh Saidina Umar kerana membunuh.

      Dalam politik kita, pengajaran yang boleh di ambil ialah, pemimpin haruslah membela hak dan suara rakyat untuk menegakkan keadilan seperti apa  yang telah  dilakukan oleh Saidina Umar. Adalah menjadi satu dosa seandainya pemimpin ini tidak menyuarakan hak rakyat,membela nasib mereka dan hanya berdiam diri dan mengaut keuntungan hasil titik peluh rakyat. Sebagai pemimpin, mereka di beri amanah yang besar oleh Allah s.w.t dan balasan berat di akhirat sana nanti seandainya tanggungjawab ini tidak di laksanakan dengan sempurna, adil dan saksama. Bagi memastikan politik kita bersih dari unsur negatif, politik negara haruslah meletakkan pemimpin kita yang sebenar yakni Rasulullah s.a.w sebagai ikutan dan panduan dalam menerajui tunggak utama dalam politik negara. Justeru itu,ia  dapat melahirkan sebuah negara yang bersatu padu dan mengikut parti politik yang sebenar-benarnya di muka bumi ini. Berdasarkan kisah Saidina Umar al- khatab, beliau tidak melakukan tindakan terburu –buru. Beliau memberikan masa dan waktu untuk si pesalah dijatuhkan hukuman pancung iaitu satu hari selepas kejadian, tetapi dengan jaminan oleh Abu Zhar, sahabat Rasulullah s.a.w yang telah menghadiri majlis syura bersama baginda.Abu Zhar merasa begitu sedih apabila tiada sesiapa pun yang memperdulikan rayuan dan permintaan orang yang dalam kesusahan yang merayu – rayu meminta tolong. Baginda berkata, jika Rasulullah s.a.w melihat keadaan ini berlaku, pasti baginda akan merasa sedih kerana baginda tidak mengajar umatnya berlaku tidak belas kasihan sesama sendiri.

      Hasil daripada kisah ini, pesalah akhirnya tidak dijatuhkan hukuman  pancung berkat keikhlasan beliau dan betapa besarnya pengaruh dan teladan yang sering ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupanya sebagai seorang pemimpin, sehingga membuatkan semua manusia berasa ihsan dan berpegang pada ajar sebenar yang disampaikan oleh Baginda. Begitu jualah dengan politik di negara kita, berpeganglah dengan al- Quran dan as- sunnah sesungguhnya kita tidak akan sesat selamanya dan berada di landasan yang benar.

No comments:

Post a Comment