Saturday, 2 April 2016

Refleksi Minggu 3 (23 Mac 2016) - Nur Farah Hani

Assalamualaikum,

Bagi refleksi untuk minggu ketiga, apa yang telah saya pelajari adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup saya dimana saya telah didedahkan dengan surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Hujurat Ayat 6-13. Surah ini adalah berkisarkan tentang peradaban di antara puak. Sebagai contoh ayat 11 dibawah :

A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Saya juga telah belajar tentang empat kumpulan manusia yang wajar kita jauhi iaitu fasik, kafir, munafik dan musyrik. Fasik ialah manuia yang berterusan melakukan dosa. Kafir pula adalah mereka yang enggan menafikan apa yang diperkatakan oleh agama Islam. Munafik pula ialah manusia yang bercakap bohong, memungkiri janji, memecah amanah yang diberi dan juga ketika bergaduh dia tidak dapat mengawal perbuatannya dan melebihi batas. Akhir sekali adalah musyrik dan mereka ini adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT.

Selain itu, saya belajar bahawasanya Allah SWT yang mempercintakan kita kepada iman. Dia telah memperhiaskan hati kita dengan iman (tenang, akhlak). Iman itu sebenarnya adalah cara kita kawal diri untuk mencintai syariat Islam. Sesungguhnya iman itu mampu membawa kita jauh dari maksiat. 

No comments:

Post a Comment