Assalamualaikum,
Soalan 1: Maksud negara maju dan
ciri-cirinya.
Istilah negara
maju digunakan untuk menghuraikan negara-negara yang dikira menikmati
tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Ukuran yang
mana dan negara mana yang digolongkan sebagai maju masih menjadi titik
perbalahan dan perbahasan yang hangat, tetapi perdebatan sebegini selalunya
dikuasai oleh ukuran ekonomi. Kebanyakan
negara dengan GDP per kapita tinggi dianggap negara berkembang.
Antara ciri-ciri negara maju adalah:
- Sebagian besar penduduknya bekerja pada sektor industri dan jasa
yang sebagian hasilnya untuk di-eksport.
- Mengusahakan sektor usaha pertanian sebagai sampingan tetapi
pengolahannya sudah menggunakan teknologi dan alat-alat moden.
- Memiliki sumber daya manusia berkualiti tinggi dengan tingkat
kehidupan yang baik, sehingga mampu menguasai ilmu pengetahuan dan
teknologi.
- Peningkatan pendapatan per kapita rata-rata penduduknya tinggi.
- Pertumbuhan penduduk yang rendah dan telah diimbangi dengan
fasiliti dan pelayanan sosial yang memadai.
- Telah ada kesetaraan jantina antara perempuan dan laki-laki.
- Telah memiliki taraf pendidikan yang tinggi sehingga sudah tidak
ada penduduk yang buta huruf.
- Angka beban tanggungan usia produktif yang rendah.
- Tidak menemui adanya kemiskinan kerana sebagian besar penduduk
telah memiliki tingkat penghasilan yang dapat mencukupi keperluan
hidupnya.
- Mampu mendominasi kehidupan sosial, ekonomi negara-negara
berkembang, terutama dalam hal modal serta ilmu pengetahuan dan teknologi
Soalan 2: Jenis pembangunan seperti manakah yang dinilai terhadap ekonomi samada
dari segi sudut pandangan Islam atau barat?
Sebenarnya,
pembangunan ekonomi yang dinilai dari sudut perspektif Islam perlu diutamakan. Ini
kerana pembangunan ekonomi dari segi sudut Islam adalah syumul, menyeluruh, multi dimensi dan bersepadu antara aspek rohani dan
kebendaan melalui pendekatan fungsi kebajikan sosial dalam Islam untuk untuk
mencapai kecekapan penggunaan, pengeluaran dan pengagihan pendapatan, dan
kekayaan dalam Islam. Ia juga adalah asas kepada pembentukan Ummah yang
bertamadun, Ummah yang kuat dan kental Imannya, Ummah yang teguh rohaninya,
Ummah yang selesa penghidupannya dan Ummah yang mencapai al-falah dalam
kehidupan duniawi dan ukhrawi. Sebaliknya dari sudut pandangan barat, pembangunan
hanya ditekankan dalam aspek material dan fizikal semata-mata yang pastinya
akan melahirkan pembangunan ekonomi yang rapuh, pembangunan sosial yang pincang
dan tidak membawa kepada pembangunan Ummah yang bertamadun. Malah pembangunan
luaran dan fizikal ekonomi ini akan runtuh dengan sebab kebejatan akhlak
masyarakat dan keruntuhan nilai-nilai tatasusila.
No comments:
Post a Comment