Tuesday, 31 May 2016

Refleksi Minggu ke 10 (18 Mei 2016) - Natasha


Assalamualaikum w.b.t......

Refleksi pada minggu ini adalah berkaitan dengan konsep dari Segrasi ke Integrasi. Segrasi bermaksud pemisahan atau pengasingan antara satu etnik dengan kumpulan etnik yang lain manakala Integrasi pula bermaksud satu proses penyatuan atau penyesuaian pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. 

Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat.

Berdasarkan konsep perpaduan di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W, akhlak dan moral yang terpancar di kalangan orang islam pada ketika itu, sama ada dalam bentuk teori atau praktikal, di tambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan islam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk maka lahirlah sebuah negara yang kuat, aman dan damai serta bersatu padu. Jadi, hal ini haruslah diambil iktibar pada masyarakat masa kini tentang konsep dan ajaran yang di guna pakai oleh Nabi pada ketika itu bagi mewujudkan kembali sebuah perpaduan di antara satu sama lain.

Sejak merdeka lagi, kerajaan Malaysia telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh hal demikian segala perancangan yang telah ditetapkan haruslah dilaksanakan dengan baik.

No comments:

Post a Comment