Soalan 1: Senarai nama NGO yang menyumbang kepada integrasi.
Pertubuhan bukan kerajaan non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme badan bukan kerajaan dapat dikenalpasti dalam kerangka masyarakat sivil . Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan badan bukan kerajaan sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Contoh NGO yang menyumbang kepada integrasi adalah Pembangunan Ekonomi dan Sosial, Hak Asasi Manusia, Agama dan Budaya, Belia dan lain-lain.
Soalan 2: Nyatakan 5 usaha yang boleh dilakukan di Malaysia sekarang.
SUMBANGAN
RASULULLAH S.A.W
|
SUMBANGAN
KEPIMPINAN MASA KINI
|
-Rasulullah s.a.w. berjaya menyusun dan mengatur
stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif.
|
-Cara paling penting untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa
kebangsaan sebagai Bahasa utama.
|
-Rasulullah s.a.w telah memberi fungi kepada
institusi masjid yang berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat
musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.
|
-Dasar kebudayaan kebangsaan dapat mengukuhkan
perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan
perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan
pelbagai budaya kaum masing-masing.
|
-Setelah Piagam Madinah diasaskan dan janji
dimeterai, Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan kedudukan
politik umat Islam di Madinah.
|
-Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.
|
-Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau
musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan
– kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap
musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
|
-Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah
untuk membentuk perpaduan negara. Selain itu juga, dengan tujuan mengurangkan
ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi
semua bidang.
|
-Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum
melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi
|
-Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian
pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik.
|
Soalan 3: Berikan
penilaian anda terhadap penghayatan Rukun Negara.
Perpaduan merupakan asas kemajuan
dan pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi pengikat terpenting dalam mencapai
sesuatu kejayaan. Kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi mewujudkan
kesefahaman dan perpaduan antara kaum untuk membina sebuah negara yang aman dan
maju. Selain itu, penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang
mematuhi undang-undang. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar
dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
berasa selamat. Satu lagi manfaat yang tidak dapat dipertikaikan ialah semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment